
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Apabila seseorang itu diserang penyakit selesema sememangnya amat merunsingkan.
Manakan tidak, setiap masa ada sahaja lelehan air yang keluar daripada hidung. Lebih teruk, jika ia datang sekali dengan pakej sakit kepala.
Namun, pernah tak korang perasan perubahan warna lelehan air atau hingus yang keluar daripada hidung ketika selesema?
Ada yang mulanya warna jernih, ada yang warna putih pekat, ada yang warna hijau. Kadang-kadang terfikir juga kenapa warna hingus berubah-ubah.
Jangan tidak tahu, warna setiap hingus yang keluar daripada hidung sebenarnya mempunyai makna tertentu.
Hingus Sepatutnya Warna Jernih
Menurut seorang doktor perubatan, Dr Mohd Qarafi Mohd Ridhuan Tee atau Dr Qarafi Tee di TikTok miliknya, hingus setiap individu itu sepatutnya tidak berwarna (colorless).
Ini kerana hingus berfungsi memberi kelembapan serta melindungi dengan memerangkap habuk yang masuk ke dalam hidung.
Malah memetik laman Hello Doktor, hingus yang juga dikenali sebagai mukus nasal terhasil bagi tujuan menjaga sistem pernafasan yang berfungsi untuk:
- Memerangkap debu atau habuk dari memasuki lubang hidung
- Melembapkan udara agar lebih mudah bernafas
- Memastikan dinding hidung dan sinus kekal lembap
- Melawan jangkitan kuman, virus atau bakteria
Maksud Di Sebalik Setiap Warna Hingus
Jelas Dr Qarafi, hingus boleh berubah kepada warna tertentu dan membawa maksud yang tersendiri.
Di bawah kami kongsikan maksud di sebalik setiap warna hingus yang keluar dari hidung anda:
#1 Putih Pekat
Sekiranya warna hingus berubah dari warna colorless kepada putih pekat, ini bermaksud keradangan (inflammation) telah berlaku.
“Itu menunjukkan ada keradangan berlaku dalam hidung korang dan menyebabkan dia menjadi lebih tebal.
“Kebiasaannya, keadaan ini korang akan jumpa dekat orang yang ada selesema disebabkan dia kena viral infection (jangkitan virus),” terangnya.
#2 Hijau
Terang Dr Qarafi lagi, sekiranya warna hingus bertukar menjadi warna hijau, keadaan tersebut menandakan antibodi dalam badan sedang melawan jangkitan tersebut.
“Dalam kes ini adalah sel darah putih. Sel darah putih bila dia lawan jangkitan ini, dia akan keluarkan satu benda yang dipanggil sebagai Myeloperoxidase.
“Myeloperoxidase inilah yang menyebabkan hingus menjadi warna hijau. Makin banyak jangkitan yang dilawan, makin banyak Myeloperoxidase yang dikeluarkan, makin warna hijaulah hingus korang,” katanya.
#3 Kuning
Jika hingus korang berwarna kuning, ini bermaksud jangkitan tersebut baru berada pada tahap awal.
“Masih lagi dalam fasa awal infection. Sebab itu Myeloperoxidase itu akan keluar sedikit sahaja menyebabkan dia nampak warna kuning sahaja,” katanya.
#4 Warna Merah Atau Coklat
Kadangkala, perasan tak bila korang hembus hingus ada warna seakan merah darah atau coklat.
Jelas Dr Qarafi, keadaan itu berkemungkinan telah berlaku pendarahan di dalam hidung korang.
Jika warna hingus yang keluar adalah warna coklat, ini bermaksud darah tersebut telah teroksida.
“Boleh jadi darah dalam hidung korang dia dah oxidized, dah bertemu dengan oksigen. Ini menyebabkan dia menjadi darah beku yang lama dan menjadi coklat,” jelasnya.
#5 Hitam
Terang Dr Qarafi lagi, sekiranya hingus yang keluar adalah warna hitam, keadaan itu berkemungkinan disebabkan akibat terhidup asap atau pencemaran udara.
“Kalau hingus korang warna hitam, kemungkinan baru-baru ini korang ada hidu asap ataupun disebabkan pencemaran udara,” katanya.
Namun memetik Hello Doktor, jika individu itu seorang perokok, penagih dadah atau penderita sakit imun, hingus berwarna hitam menandakan sedang berlakunya jangkitan kuman yang serius.
Berdasarkan laman DoctorOnCall, hingus yang berwarna hitam boleh menandakan beberapa penyakit seperti:
- Irritasi bahan asing seperti bahan pencemar, rokok, lombong arang, ataupun asap api.
- Jangkitan kulat
- Jangkitan TB (tuberculosis)
- Jangkitan kuman dan keradangan paru-paru (Pneumonia)
- Penyakit jantung
- Pengambilan ubat anti-coagulants atau anti-platelet (ubat pencairan darah)
- Penyakit autoimun seperti sarcodoisis atau lupus erythematous
- Kanser paru-paru
Makna setiap warna hingus korang #fyp #drqarafitee
Tonton video penuh [DI SINI]
Jadi, dah terjawab persoalan kenapa hingus berbeza warnanya. Malah, setiap warna turut membawa maksud tertentu.
Bila Patut Jumpa Doktor & Perlu Ke Antibiotik?
Menurut seorang lagi doktor perubatan, Dr Zubaidi Haji Ahmad, sekiranya seseorang itu selesema, kenal pasti terlebih dahulu warna hingus dan kondisi badan sama ada demam atau tidak.
Ini bagi menentukan sama ada seseorang itu perlu antibiotik atau tidak.
- Jika hingus berwarna jernih dan tiada demam, mungkin hanya alahan. Tak perlu antibiotik.
- Jika hingus berwarna jernih dan ada demam, mungkin jangkitan virus. Tak perlu antibiotik.
- Jika hingus warna kuning atau hijau dan ada demam, mungkin jangkitan bakteria. Perlu antibiotik.
Beliau bagaimanapun menyarankan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu jika anda tidak pasti.
Anak selsema? 1. Jika hingus berwarna jernih dan tiada demam, mungkin hanya ALAHAN. Tak perlu antibiotik. 2. Jika…
Posted by Dr Zubaidi Hj Ahmad on Saturday 19 August 2023
Namun, laman Medical Mythbusters pernah menyangkal saranan tersebut dan menjelaskan hingus hijau bukanlah tanda kita memerlukan antibiotik.
Tegasnya, warna kahak boleh menjadi tanda jangkitan bakteria bagi pesakit Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) manakala masyarakat awam khususnya kanak-kanak ia tidak boleh dijadikan indikasi.
HINGUS HIJAU BUKAN TANDA PERLU ANTIBIOTIK ________________________________________________ Dewasa ini, kerintangan…
Posted by Medical Mythbusters Malaysia on Tuesday 6 September 2016
Baca Artikel Berkaitan: Cairkan Hingus Anak Dengan Hanya Dua Bahan
Baca Artikel Berkaitan: Musim Batuk Kembali! Ini Nasihat Pakar Paediatrik Buat Ibu Bapa & Cara Pencegahannya [Video]
Source:
