
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang pensyarah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dikenali sebagai Mohammad Noorizzuddin berkongsi salah satu projek seliaannya yang dilaksanakan bagi membantu pelajar-pelajar yang memerlukan.
Menurut Noorizzuddin, antara isu utama yang menjadi kebimbangan adalah sesetengah mahasiswa dan mahasiswi yang terpaksa menahan perut kerana kekangan kewangan.
Malah ada juga di antara mereka yang sering mengunjungi kafeteria universiti berkenaan, namun tidak menjamah sebarang makanan kerana tidak cukup duit.
“Tiga tahun lepas saya lihat waktu rehat ada pelajar lepak di kafe tanpa makan. Saya tanya kenapa? Jawapan tiada duit,” kongsinya.
Menurut pensyarah berkenaan, ramai juga di kalangan pelajar yang membahagikan satu hidangan makanan dibeli agar boleh mengalas perut waktu tengahari dan juga malam.
“Saya tanya pelajar makan macam mana? Tak sarapan pagi. Beli lunch RM5 makan separuh kemudian tinggalkan separuh untuk makan malam,” dedahnya.
Cakna dengan nasib pelajar, pensyarah tersebut tampil dengan satu inisiatif iaitu dengan menyediakan makanan percuma pada setiap hari di lobi Fakulti Ekonomi dan Mualamat USIM. Untuk info, ruangan itu dikenali sebagai Gerobok Rezeki @FEM.
Mana-mana Pelajar USIM Yang Lapar Boleh Ambil Makanan Di Gerobok Rezeki
Jelas Noorizzuddin, tiada syarat yang dikenakan kepada pelajar untuk mengambil makanan di sana.
“Mulai tarikh tersebut hingga kini tak pernah tinggal buat program makanan percuma di fakulti. Ambil sahaja. Tak perlu scan. Tak perlu isi nama. Asal lapar sahaja ambil,” katanya.
Difahamkan makanan di Gerobok Rezeki @FEM bukan sahaja ditaja oleh pensyarah tersebut tetapi juga hasil sumbangan orang ramai di USIM.
“Tahniah dermawan semua. Semoga Allah merahmati anda. Saya hanya vessel untuk memastikan pelajar ini tak lapar,” tambahnya di akhir perkongsian.
Harap Program Makanan Percuma Diteruskan Walau Sudah Pencen
Menerusi satu lagi hantaran, Noorizzuddin memaklumkan bahawa dia akan meneruskan program ini selagi mana berkhidmat di universiti tersebut bagi memastikan tiada pelajar yang kelaparan.
“Selagi saya bernyawa insya-Allah projek ini akan diteruskan. Saya berharap bila saya pencen nanti program ni akan diambil alih oleh orang lain,” ujarnya
View on Threads
Ramai Terharu Dengan Inisiatif Prihatin Pensyarah USIM
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berterima kasih kepada Noorizzuddin kerana memastikan pelajar USIM tidak kelaparan.
“Alhamdulillah. Terima kasih orang baik, semoga dimurahkan rezeki. Idea bagus, kurangkan pembaziran makanan,” kata seorang wanita.
Malah seorang individu dipercayai penderma makanan di Gerobok Rezeki itu juga memohon doa orang ramai agar inisiatif itu dapat diteruskan dengan jayanya.
“Doakan acik boleh kekalkan projek ni ya. Moga ada perut yang kenyang. Jom lah kita ramai-ramai kenyangkan perut pelajar,” ujar seorang netizen.
Sementara itu, beberapa orang pelajar juga ada berkongsi cabaran mereka sepanjang menimba ilmu di pengajian tinggi sebelum ini.
“Terima kasih orang baik. Saya pernah jadi pelajar. Rela tidur berlapar, kelas tetap kena pergi. Malu nak meminta, sebab kawan-kawan pun bukan orang senang juga,” luah seorang lelaki.






Baca Artikel Berkaitan: Anggap Geng Rider Macam Anak Sendiri, Tindakan Wanita Beri Makanan ‘Free’ Bikin Ramai Tersentuh
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terkejut Lihat Sekolah Beri Makanan Percuma Untuk Calon SPM
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Beri 550 Orang Makan Percuma Setiap Hari,



