"Ada Yang Persoal Saya Jadi Heroin Kerana Berwajah Petak, Samakan Dengan Adudu Dan SpongeBob" - Amy Nur Tinie

Entertainment
30 Jun 2023 • 1:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Amy Nur Tinie - Gambar Instagram

Pelakon jelita yang semakin meningkat naik, Amy Nur Tinie mengakui pernah menjadi mangsa 'face shaming' oleh netizen.

Semuanya gara-gara bekas penyandang gelaran Ratu Cantik Eco Antarabangsa 2019 ini memiliki bentuk wajah empat segi. 

"Ada orang kata wajah saya tak layak jadi heroin kerana bentuk muka petak. Ada juga yang menggelar saya dengan nama watak animasi Adudu dan SpongeBob, " katanya.

Amy juga menolak untuk melakukan pembedahan plastik untuk merubah bentuk mukanya. 

"Memang sekarang ada pelbagai jenis cara dan teknologi untuk mengubah bentuk muka. Tetapi saya tak perlukan semua itu. 

"Saya menang pertandingan ratu cantik di peringkat antarabangsa kerana wajah ini. Jadi kenapa saya harus mengubahnya?," ujarnya.

Beralih ke soal kerjaya lakonannya yang semakin rancak, Amy baru sahaja muncul dengan filem pertamanya iaitu Jemputan Ke Neraka arahan Amor Rizan. 

Amy juga bakal muncul dengan filem komedi, Sue-On pada 6 Julai ini di mana dia memegang watak sebagai Pontianak Sundal Malam. – Getaran, 30 Jun 2023