“Ada Yang Pinjam Ah Long”- Ayu Puteh Dedah Ada Penerbit Sanggup Berhutang Siapkan Filem

1 Aug 2022 • 4:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Penerbit Filem Malaysia Berhad (Kopelem) Datuk Ayu Puteh, mendedahkan bahawa ada sesetengah penerbit terpaksa meminjam ‘Ah Long’ untuk menyiapkan drama.

Memetik laporan Kosmo, Ayu Puteh atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 44, menyatakan permasalahan tersebut berpunca daripada pihak bank mengenakan syarat kurang sesuai untuk penerbit tempatan membuat pinjaman.

Tidak dinafikan memang ada penerbit yang terpaksa pinjam daripada ah long apabila mereka perlu menyiapkan drama mengikut surat tawaran (LO) yang diberikan stesen televisyen.”

Menurutnya lagi, permasalahan itu boleh diselesaikan apabila pihak kementerian kini meluluskan kemudahan dengan kewujudan Kopelem.

Difahamkan, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar mengesahkan perkara berikut ketika hari perasmian Kopelem.

Ayu Puteh juga menyarankan agar penerbit drama dan filem menyertai Kopelem bagi memudahkan proses menjayakan atau menyiapkan projek berkaitan.

Ayu Puteh turut melahirkan rasa syukur kerana usaha selama lima tahun untuk membangunkan koperasi berkenaan akhirnya tercapai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

image is not available 4 minggu lalu

(VIDEO) “Silap-Silap Tak Tengok” - Filem Mat Kilau ‘Reshoot’ Setelah 7 Tahun, Watak Shuk Sahar Jadi Bualan Netizen