Ada Yang Sampai RM43k! Tiket Coldplay Sold Out, Scalper Ambil Kesempatan Jual Harga Berlipat Kali Ganda

Entertainment
17 May 2023 • 3:22 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui Kumpulan Coldplay bakal membuat kemunculan sulung di Malaysia pada 22 November 2023 menerusi Konsert Jelajah Coldplay: Music of The Spheres World Tour.

Kuala Lumpur menjadi destinasi yang kelima di Asia dalam siri jelajah yang telah bermula pada Mac 2022 itu.

Tiket konsert ini mula dijual kepada orang ramai pada Rabu (17 Mei) bermula jam 10.00 pagi.

Bagi pemegang kad Bank CIMB, mereka mendapat keistimewaan apabila dapat membeli tiket konsert tersebut sehari lebih awal (16 Mei) namun pada jumlah yang terhad.

Tiket konsert ini dijual dengan harga serendah RM228 hingga RM3,088.

image is not available
Foto: Instagram livenation.my

Tiket Konsert Coldplay Habis Dijual

Namun, siapa sangka tidak sampai beberapa jam dibuka, tiket konsert Coldplay di Kuala Lumpur sudah habis terjual.

image is not available
Foto: Instagram livenation.my

Jual Semula Dengan Harga Tak Masuk Akal

Menurut Kosmo, ada individu yang bertindak menjual tiket berkenaan dengan harga yang tinggi sehingga mencecah RM43,000.

Namun tinjauan BK di platform penjualan berkenaan tidak berjaya menemukan iklan tiket yang berharga RM43,000.

Sebaliknya, kami berjaya menemui beberapa jualan yang mencecah RM20,000 – yang masih dikategorikan sebagai tidak masuk akal dan mahal.

image is not available
Foto: Carousell

Jangan Beli Daripada Orang Ketiga

Pihak Live Nation Malaysia sebagai penganjur konsert ini mengingatkan orang ramai agar tidak membeli tiket daripada pihak ketiga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kumpulan yang dianggotai oleh Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion akan meneruskan siri jelajah dunia mereka pada Mei ini di Sepanyol, Unitek Kingdom, Itali, Denmark, Belanda dan Amerika Syarikat sebelum meneruskan siri jelajah Asia dan Australia pada November 2023.

Source: