
Minum air yang mencukupi setiap hari amatlah penting kerana ia memberi manfaat kepada kesihatan kulit, meningkatkan tahap tenaga, dan mengawal suhu badan kita, terutamanya dalam bulan Ramadan ini. Terdapat banyak jenis air minuman yang tersedia, seperti air tapis, air masak, air mineral semulajadi, dan air osmosis berbalik. Tetapi adakah semua air minuman sama?
Adakah semua air minuman sama?

Satu tinjauan yang dijalankan oleh Spritzer di Newswav baru-baru ini menunjukkan bahawa 46.46% responden menganggap air mineral semulajadi (AMS) adalah sama dengan air tapis. 35.73% pula sedar bahawa AMS adalah pilihan yang lebih sihat daripada air masak dan air tapis.
Kajian ini menunjukkan bahawa walaupun sesetengah pengguna mengetahui manfaat kesihatan AMS, ramai lagi yang tidak membezakannya daripada air tapis.
Sebenarnya, air AMS diekstrak daripada akuifer bawah tanah dengan penapisan semulajadi melalui lapisan batu bawah tanah dan batu pasir. Air tapis pula menggunakan air paip sebagai sumber dan melalui penapis yang diperbuat daripada bahan berliang yang menapis kekotoran.

Di Malaysia, hanya satu jenama yang terlintas fikiran orang ramai apabila apabila menyebut tentang air mineral semulajadi dengan mineral silika iaitu Spritzer, perintis air mineral semulajadi sejak 1989.
3 Fakta Menarik Tentang Air Mineral Semulajadi Spritzer
1. Sumber Air Semulajadi Dari Hutan Hujan Dengan Saiz Kira-kira bersamaan 295 Padang Bola Sepak!
Tahukah anda bahawa Air Mineral Semulajadi (AMS) Spritzer berasal dari hutan hujan tropika terpelihara seluas 390 ekar di Taiping, Perak? Itu bersamaan dengan lebih kurang 295 padang bola sepak! Hutan hujan yang bersejarah 200 juta tahun inilah yang memberikan AMS Spritzer rasa segar yang unik dan pelbagai mineral - terutamanya kaya dengan silika yang mempunyai banyak manfaat kesihatan.
2. Kaya Dengan Silika: Sumber Mineral Untuk Kulit Berseri Seperti Artis K-Pop
Artis K-pop terkenal dengan kulit cerah berseri. Anda pasti ingin mengetahui rahsia mereka. Walaupun genetik dan penjagaan kulit memainkan peranan, artis-artis ini juga mengutamakan gaya hidup yang sihat, termasuk diet yang kaya dengan nutrien dan kekal terhidrat.
Salah satu keajaiban silika ialah ia mampu meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan untuk memberikan anda kulit yang lebih licin, rambut yang lebih bersinar, dan kuku yang lebih kuat. Silika juga membantu dalam peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit sambil mengekalkan kelembapan untuk penampilan kulit berseri seperti artis K-pop. Kini anda boleh mendapatkan dos harian silika dengan mudah daripada Air Mineral Semulajadi Spritzer!
3. Dianugerahkan dengan Anugerah Rasa Unggul Di Peringkat Antarabangsa
Anda mesti tidak menyangka bahawa air mineral boleh memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Air Mineral Semulajadi Spritzer telah dianugerahkan Anugerah Rasa Unggul dan juga membawa pulang 3 bintang emas, penghormatan tertinggi status 'Exceptional' (Luar Biasa) oleh Institut Rasa dan Kualiti Antarabangsa (ITQI) yang berprestij! Sesungguhnya ia detik yang membanggakan bagi jenama Malaysia! Tetapi bukan itu sahaja - AMS Spritzer juga boleh meningkatkan aroma teh, kopi serta makanan dan sup anda.

Kulit yang sihat dan berseri bermula dari dalam badan kita. Kesihatan kulit dan badan mencerminkan tabiat pemakanan dan minuman kita, termasuklah penghidratan yang mencukupi dan diet yang kaya dengan nutrien. Untuk meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan anda, pengambilan makanan dan minuman yang kaya dengan silika seperti pisang, sayur-sayuran berdaun, dan Air Mineral Semulajadi Spritzer adalah sangat digalakkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang silika, layari www.silicastory.com.

