Adakah ini penamat Exynos? Samsung tubuh pasukan baharu untuk bangunkan cip pemproses

Digital
15 Dec 2022 • 9:46 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Nama Samsung memang ada dalam banyak industri dan disebabkan pendekatan menegak, mereka mampu menghasilkan sendiri sebahagian besar komponen terkandung dalam sesuatu produk. Contohnya cip pemproses Exynos yang mereka guna sejak 2011 pada Galaxy S II adalah buatan sendiri.

image is not available
Tiada vairan Exynos dilancarkan untuk siri Galaxy S22

Namun sejak kebelakangan ini nama Exynos kian suram dan ia sangat nyata. Siri flagship Galaxy S22 tahun ini tiada satupun yang gunakan Exynos. Malahan, tiada Exynos baharu diumumkan tahun ini dan dalam bulan Julai lalu mereka mengumumkan pula kerjasama lebih erat bersama Qualcomm.

Adakah Exynos kian sampai ke hujung hayat?

Hal ini kerana Samsung telah menubuhkan pasukan khas pembangun cip pemproses di bawah sayap Mobile Experience (MX), sayap yang juga membangunkan telefon-telefon Samsung. Untuk pengetahuan anda, pasukan dengna tugasan yang sama telah lama ada di Samsung System LSI, pihak yang bertanggungjawab ke atas cip Exynos selama ini.

Maknanya akan ada dua pasukan pereka cip pemproses.

Tiada kenyataan rasmi diumumkan Samsung setakat ini tapi baru-baru ini, tapi yang pastinya, Samsung masih belum berhenti daripada membangunkan cip sendiri.

Anda masih ingat Exynos 2200 yang katanya diperkasa GPU berasaskan AMD RDNA 2? Sekiranya ia menjadi kenyataan, sudah pasti pengalaman gaming pada peranti mudah alih Samsung diangkat lebih tinggi.

Sumber: TheElec