“Adakah Ini Satu Musibah Atau Anugerah..” – Respon PU Syed Bila Baby Shima Saman Fitnah

13 Jul 2023 • 12:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi popular, Baby Shima menfailkan saman terhadap penceramah bebas Syed Mohd Bakri Syed Ishak (PU Syed) dan Pemuda PAS Kuantan Abd Rahman bin Mat Noor di atas ucapan kata-kata fitnah.

Menerusi kenyataan media yang dibuat peguam Muhammad Noor Azfar Noor Azmi, tindakan terhadap individu-individu yang dinamakan berdasarkan kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan ‘malicous falsehood’ di bawah undang-undang ‘tort’.

Baby Shima fail saman

Penyanyi ini bagaimanapun dinasihatkan untuk tak mengulas lanjut untuk menghormati proses mahkamah.

Setakat tarikh kenyataan media tersebut, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang.

Respon PU Syed

Sementara itu, PU Syed hanya mengetahui hal tersebut selepas dihubungi wartawan. PU Syed tertanya-tanya adakah tindakan saman itu satu musibah atau anugerah yang Allah SWT hantar untuk memberi ujian dalam mencegah kemungkaran.

Katanya lagi, para anbiya dan salafuna soleh satu ketika dahulu ada yang mati dibunuh tetapi di akhir zaman ini, secebis daripada itu pun belum tentu dapat menyamai perjuangan mereka.

Kredit: Instagram Baby Shima

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.