Adakan Majlis Kahwin Di Kopitiam, Pasangan Singapura Saji Roti Bakar & Telur Separuh Masak

10 Nov 2023 • 10:23 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
kopitiam

Majlis perkahwinan biasanya dibuat di dewan-dewan cantik dengan pelbagai menu disediakan untuk tetamu. Tetapi, pasti ramai yang jarang lihat majlis perkahwinan diadakan di sebuah kopitiam kan?

Simple sangat!

Namun, menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai purtyboys, dia telah memuat naik momen bersejarah rakannya yang mengadakan majlis perkahwinan di sebuah kopitiam kecil tetapi cukup meriah.

@purtyboys

i’m so happy for u guys can’t believe #yakun was rly manifested in 2019. but also big thanks to @Ya Kun for making this possible for my bestie hehe. #yakunsg #yakunkayatoast #fyp #sgwedding #kayatoast #kopi #teh #sgbrides #singaporebrides

♬ original sound – leaf – leaf

Hidang menu kopitiam, telur separuh masak & roti bakar

Menerusi posting tersebut, pasangan Singapura itu mengekalkan segala-galanya secara tradisional apabila hanya menggunakan meja dan bangku dari kopitiam tersebut untuk membolehkan tetamu duduk sambil menyaksikan perkahwinan mereka.

Lebih menarik, para tetamu yang hadir disajikan menu telur separuh masak bersama roti bakar dan kopi dimana menu-menu tersebt sangat sinonim dengan kopitiam.

image is not available

Pekerja kopitiam bancuh kopi, pengantin tolong hidang di meja

Dapat dilihat yang pekerja kopitiam berkenaan bersungguh-sungguh membuat kopi serta membakar roti yang dihidangkan bersama telur separuh masak disamping pengantin serta rakan-rakannya membantu menghantar makanan ke meja tetamu.

image is not available

Majlis perkahwinan dibuat di hadapan kaunter pembayaran

Majlis perkahwinan juga diadakan di hadapan kaunter pembayaran dan dapat dilihat masing-masing begitu gembira dengan konsep majlis yang diadakan kerana cukup simple!

image is not available

Difahamkan, pasangan tersebut sudah bersama sejak 2019 dan memilih untuk mengakhiri zaman bujang mereka pada tahun ini.

Mereka juga memilih lokasi tersebut kerana mempunyai kenangan yang istimewa disamping roti bakar serta telur separuh masak adalah menu kegemaran mereka untuk bersarapan pagi.

Sumber: TikTok purtyboys