Adakan Perbincangan Santai, Anwar Terima Kunjungan Rajinikanth

Politics
11 Sep 2023 • 5:53 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Adakan Perbincangan Santai, Anwar Terima Kunjungan Rajinikanth

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau telah menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth, di pejabatnya hari ini.

Menerusi perkongsian di laman X, Anwar menitipkan penghargaan terhadap bintang filem terkenal itu.

“Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat,” katanya.

Menurutnya lagi, mereka telah mengadakan perbincangan santai berkaitan elemen kemasyarakatan.

“Antara yang dibincang secara santai pastinya berkaitan elemen kemasyarakatan yang saya perjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem beliau kelak.

“Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman,” katanya.

Terdahulu, Anwar telah membentangkan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi’ di Dewan Rakyat hari ini.

Antara yang menjadi perhatian dalam pembentangan itu adalah beliau memaklumkan kerajaan bertekad untuk merapatkan nisbah jurang pendapatan antara penduduk desa dengan bandar, daripada 0.57 pada 2022 kepada 0.67 pada 2025.

Jelasnya, kerajaan akan memperluaskan penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan di kawasan desa bagi memanfaatkan ekonomi desa dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan untuk memastikan kesejahteraan penduduk.

Itu merupakan antara empat perkara pokok yang akan dilaksanakan dalam usahan kerajaan untuk memastikan pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan inklusif, selaras dengan cita-cita kerangka ekonomi MADANI.