Adam Adli dilantik Timbalan Menteri KPT, isu PTPTN jadi perhatian netizen

LocalPolitics
16 Dec 2025 • 4:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim telah disebut sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang baharu dalam pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu memaklumkan rombakan kabinet hari ini.

Adam Adli ganti Mustapha Sakmud

Jawatan tersebut yang sebelum ini disandang  Datuk Ts Mustapha Sakmud telah ‘bertukar tangan’ ke Adam Adli yang ketika ini berada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

image is not available

Ramai tanya tentang PTPTN

Susulan daripada itu, menerusi ruangan komen laporan berita Malaysia Gazette di laman Facebook, netizen mulai meninggalkan maklum balas menyentuh isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang sering dikaitkan dengan beliau.

image is not available

Tahniah! Mantan aktivis mahasiswa diangkat jadi Timbalan Menteri KPT

 

image is not available

Pejuang PTPTN patut bangga

 

image is not available

Dapat bangkitkan isu PTPTN

image is not available

Artikel lain: Shamsul Iskandar digugurkan dari jawatan Ketua PKR Melaka, diganti Adam Adli

Selain Adam Adli, Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu menggantikan Hannah Yeoh yang menyandang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Sumber: Malaysia Gazette