Adaptasi Dari Novel Terlaris, ‘Akira Khan’ Tampil Kisah Cinta Dua Budaya, Dua Negara Tentang Melayu-Pakistan

Movie
22 Jan 2023 • 6:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
'Akira Khan' menampilkan lakonan hebat pasangan suami isteri, Uqasha Senrose dan Kamal Adli - Gambar ihsan Astro

Percintaan sejauh 4, 518 kilometer di antara dua keturunan dan budaya yang berbeza yakni Melayu dan Pakistan menjadi taruhan Astro Ria untuk slot Megadrama yang bersiaran  setiap Isnin hingga Khamis di saluran 104.

Menggantikan drama ‘Cina Buta’ yang telah mencetuskan fenomena tersendiri baru-baru ini, 'Akira Khan' .yang diadaptasi aripada novel terlaris karya Ammara Ayyash,membawa pergolakan kisah cinta yang mengharungi pelbagai dugaan.

Merupakan terbitan syarikat produksi, SR One Sdn Bhd, drama bersiri ini turut membawa kembali lakonan hebat pasangan suami isteri, Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebagai Akira Khan dan Radin.

image is not available

Istimewanya drama ‘Akira khan’ yang berlatarbelakangkan dua negara ini  turut menampilkan lokasi-lokasi yang cantik serta sarat dengan sinematografi indah di Pakistan.

Bukan hanya sekadar sinematografi, malah barisan pelakon yang terlibat turut mempelajari bahasa Pakistan untuk menguasai watak masing-masing.

Lebih  menarik, drama ini turut memperkenalkan pelakon baharu Irfan Zaini yang amat dikenali dalam kalangan penonton yang berbahasa tamil. 

image is not available

Memegang watak sebagai Zafar dalam drama ini, Irfan merupakan pelakon yang aktif dalam drama-drama berbahasa Tamil dan kini mengorak langkah ke drama Melayu. 

Penceritaan menerusi 26 episod ini berkisarkan seorang gadis berdarah Pakistani-Melayu bernama Akira Khan yang telah bertemu dan jatuh cinta kepada seorang jejaka Melayu bernama Radin. 

image is not available

Walau bagaimanapun, percintaan mereka dihalang kerana perbezaan keturunan dan bangsa. Kisah cinta mereka menjadi lebih rumit dengan perkahwinan rahsia mereka kerana sebuah insiden yang berlaku di antara mereka. 

Sayang sekali, perkahwinan ini hancur apabila Radin ditimpa kemalangan dan hilang ingatan ketika Akira pulang ke Pakistan. 

Ujian demi ujian menimpa Akira dalam mendapatkan suaminya kembali tetapi hanya takdir yang mampu menyatukan cinta mereka semula. 

image is not available

Drama hasil pengarahan sutradara Jamal Khan ini turut dibintangi Julia Farhana Marin sebagai Liyana, Esma Daniel sebagai Kamarul, Datin Maria Farida sebagai Fareedah, Idzham Ismail sebagai Joe dan Saidah Kamarudin sebagai Faten, sepupu kepada Akira.

Saksikan ‘Akira Khan’ bermula 18 Januari ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Mega Drama Astro Ria (saluran 104) serta strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. – Getaran, 22 Januari 2023 

View Original Article