“Adat Bertanding, Begitulah..” – Dikalahkan Oleh Pasangan Pelawak, Tidak Cepat Melatah Ini Respon Haqiem Rusli

Music
4 Dec 2023 • 5:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah dirasmikan juara program realiti Famili Duo musim ketiga (FD3) diberikan kepada pasangan duo pelawak Sharif dan Syaiful, penyanyi Haqiem Rusli nafi rasa terkilan kerana dikalahkan oleh mereka yang bukan asal penyanyi.

Kata Haqiem yang bertanding dengan sepupunya, Ariff Bahran, dirinya akui sudah terbiasa dengan lumrah pertandingan sepanjang dirinya berada dalam industri seni ini. Katanya, perkara tersebut merupakan rezeki masing-masing yang tak dapat dipertikaikan.

Adat bertanding begitulah, takkan semua kita nak menang.

Siapa yang bagus tidak kisah sama ada mereka penyanyi, pelawak atau apa juga latar belakangnya, semuanya berpotensi menang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by – (@haqiemrusli98_)

Tambah penyanyi lagu Tergantung Sepi ini, dirinya baik-baik sahaja setelah tidak berjaya menduduki tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Dirinya mengambil perkara ini sebagai ruang untuk memperbaiki kebolehan dirinya sebagai seorang penyanyi dan penghibur.

Pada masa yang sama, penyanyi ini juga akui FD3 itu mengajarnya pelbagai pengalaman baru yang belum dicuba. Katanya, melalui persembahan-persembahan yang dilakukan di pentas program tersebut, dia dapat mengetahui genre baru yang peminat suka. Mungkin selepas ini dirinya akan cuba lagu rancak selain daripada lagu balada sahaja ujarnya.

image is not available 24 hours ago

"Sekarang Orang Sudah Terima Kami Di Pentas Nyanyian.." - Syaiful & Sharif Juara FD3, Akui Bakal Terus Kekal Dalam Dunia Nyanyian