Adat Jawa Malam Berinai Sweet Qismina Dan Adam Lee, Raih Perhatian Peminat Jawa Di Indonesia  

24 Oct 2022 • 11:08 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Instagram Sweet Qismina

Malam semalam, telah berlangsung upacara majlis berinai Sweet Qismina dengan Adam Lee sebelum mereka dinikahkan awal pagi ini. 

Dalam sebuah hantaran malam tadi, Sweet Qismina telah memuat naik gambar-gambar malam berinai mereka yang bertemakan adat Jawa. 

image is not available

Tertulis juga kapsyen: “Ore perlu janji sehidup semati, sing penting iso bertahan sampek mati”.  

Hal itu membuatkan ramai tertanya-tanya, siapakah di antara mereka ini yang mempunyai keturunan Jawa. Sweet Qismina kah? Atau Adam Lee? 

image is not available

Bahkan, ia turut membuatkan peminat mereka dari Jawa Indonesia berasa bangga apabila pasangan selebriti ini memilih tema adat Jawa pada malam berinai mereka. 

Mereka juga turut menitipkan kata-kata berbentuk tahniah buat Sweet Qismina dan Adam Lee dalam bahasa Jawa. 

image is not available

Apa yang penting, Adam Lee dan Sweet Qismina nampak sama cantik dan sama padan betul dengan busana adat Jawa ini. 

Tidak hairanlah mengapa ramai rakan selebriti dan netizen yang memberikan pujian kepada mereka serta memberikan pelbagai ucapan tahniah. Lepas ini, kita tunggu pula berita terkini tentang pernikahan mereka. - Getaran, 24 Oktober 2022 

image is not available