‘Adegan & Gaya Pakaian Mencolok Mata’ – PU Syed Mohon Pihak Berwajib Tapis Filem Pulau [Video]

16 Jan 2023 • 5:48 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pendakwah Bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed meminta agar pihak berwajib menapis filem seram bertajuk Pulau yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan Mac nanti.

Menurutnya, filem tersebut menayangkan adegan-adegan yang tidak sepatutnya ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia terutamanya umat Islam.

Tidak hanya itu, PU Syed juga mengatakan gaya pakaian yang dipakai oleh para pelakon filem tersebut juga menjolok mata.

PU Syed mohon FINAS dan JAKIM tapis filem Pulau

Menerusi hantaran video di laman TikTok miliknya, PU Syed meminta agar pihak berwajib seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk menapis filem tersebut sebelum ia ditayangkan pada Mac 2023 ini.

Batalkan tayangan jika tidak memberi manfaat,

“Kalau rasa tak bermanfaat kepada manusia, khususnya umat Islam tolonglah batalkan penayangannya pada bulan Mac nanti,” katanya.

Jelasnya lagi, lebih membimbangkan apabila tarikh tayangan di saat umat Islam bakal sambut Ramadan.

“Cukup-cukuplah kita bagi peluang dan ruang yang seluasnya kepada filem yang mengarut, tak bagi manfaat pada ummah, tak dapat manfaat kepada negara dan masyarakat,” katanya lagi.

“Betul sangat, saya setuju” – Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh PU Syed agar pihak berwajib menyekat atau menapis filem tersebut sebelum ia ditayangkan nanti.

image is not available

image is not available

image is not available

Trailer Pulau

Terdahulu, trailer filem Pulau yang dimuat naik di laman YouTube mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Rata-rata pengguna media sosial termasuk di Twitter turut mengecam pakaian dan penampilan barisan pelakon yang dilihat seksi dan ada juga yang berbikini.

image is not available

image is not available

image is not available

Antara pelakon yang bakal membintangi filem itu adalah . Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Harris Anuar, Sabronzo dan pelakon porno Malaysia, Ms Puiyi.

Source: