Adi Putra komunikasi guna bahasa isyarat, anak alami masalah pendengaran. 'Tidak dikurnia anak kandung, ALLAH tetap beri terbaik'

LocalFamily & Parenting
20 May 2026 • 9:56 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Adi Putra komunikasi guna bahasa isyarat, anak alami masalah pendengaran. 'Tidak dikurnia anak kandung, ALLAH tetap beri terbaik'
Foto: Ihsan Berita Harian

PELAKON terkenal, Datuk Adi Putra mendedahkan menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan anak angkatnya. 

Adi atau nama penuhnya Mohd Hadi Putera Halim dalam temu ramah bersama Berita Harian Singapura berkongsi mula berinteraksi dengan anak angkatnya, Zara Adelia, sejak si kecil itu berusia empat tahun susulan keadaan Adelia mengalami masalah pendengaran sejak berusia enam bulan.

Adelia yang turut mengalami masalah pertuturan kini bersekolah di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.

Kini Adelia meningkat usia remaja, Adi dan isteri, Datin Aida Yusof cekal membesarkan anak istimewanya itu dan terus memberi perhatian penuh terhadap perkembangan anaknya.

Selain Adelia, pasangan tersebut juga memiliki seorang lagi anak anak angkat bernama Az Zahra. 

Image from: Adi Putra komunikasi guna bahasa isyarat, anak alami masalah pendengaran. 'Tidak dikurnia anak kandung, ALLAH tetap beri terbaik'

“Adelia kini sedang belajar di sekolah khas SMK Dato Ibrahim Yaacob, manakala Az Zahra pula bersekolah di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,” katanya.

Biarpun jadual harian ketat, Adi yang turut menjalankan perniagaan umrah dan haji berusaha meluangkan masa bersama keluarga. Sementelah Az Zahra hanya pulang ke rumah pada hujung minggu kerana menuntut di sekolah berasrama.

Sementara itu, isteri Adi, Aida menjelaskan hubungan dengan keluarga kandung difahamkan terbatas kerana perihal peribadi di samping menghormati keputusan dan batasan semua pihak.

“Walaupun kami tidak dikurniakan anak kandung, Alhamdulillah ALLAH tetap memberikan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya, yang juga bertindak sebagai pengurus Adi.

Adi, yang ditemui akhbar berkenaan pula memilih menjaga privasi anak-anaknya dan mahu mereka memberi fokus kepada pendidikan serta pembentukan diri terlebih dahulu.

Sekadar info, Adi dan Aida berkahwin pada  14 April 2006. Mereka pernah berpisah selama setahun pada 2017 dan berkahwin semula pada 2018.

Sumber: Berita Harian