Adik-beradik terima konvo bersama

9 Dec 2024 • 5:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Pasangan adik-beradik ‘terkejut’ apabila dapat berkongsi pentas konvokesyen sama pada majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-26, Sidang 1 yang berlangsung pada Sabtu.

Siti Nasyitah Jaman, 27, graduan Ijazah Sarjana Sains (Matematik degan Grafik Berkomputer) Fakulti Sains dan Sumber Alam dan adiknya, Siti Nafi’ah Jaman, 23, graduan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Makanan dan Bioproses) Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan tidak menyangka yang mereka akan bergraduasi bersama.

Advertisement“Alhamdullilah, tidak disangka yang kami dapat konvo bersama walaupun berbeza pengajian kerana saya sarjana dan dia sarjana muda,” kata Nasyitah, anak nombor lima dari sembilan adik beradik.

“Ketika saya mengambil ijazah pertama, saya mempunyai masalah peribadi sehinggalah semasa melanjutkan pengajian dalam sarjana ketika zaman Covid-19. Waktu itu, saya belajar sambil bekerja.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Syukurla saya dibantu oleh penyelia akademik saya, Dr. Rozaimi Zakaria yang memberi cadangan untuk saya melakukan pengajian sepenuh masa sarjana walaupun secara dalam talian sahaja. Jadi, cabaran paling besar ketika belajar ialah pengurusan masa saya,” ujarnya yang tidak menceritakan lebih lanjut apa masalah yang dihadapi.

Pasangan adik-beradik itu berhadapan dengan cabaran dalam pembelajaran kerana kedua-duanya berbeza dalam menghadapi proses mencapai segulung ijazah untuk dihadiahkan kepada ahli keluarga

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sementara Nafi’ah berkata, cabaran yang dia hadapi berbeza dengan kakaknya.

“Cabaran yang saya hadapi pula ialah mencari rakan-rakan sekelas dalam membuat tugasan secara berkumpulan kerana jumlahnya ramai dan orangnya pelbagai jenis ragam. Jadi kita kena pilih kawan yang sesuai dengan kita.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya juga membuat perancangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah pada masa akan datang. Namun, kos yang tinggi menyebabkan hala tuju lebih ke arah untuk mencari kerja dan menambah pengalaman,” katanya yang merupakan anak ketujuh dari sembilan beradik.

Tambahnya, dia akan lebih memfokuskan kepada kemahiran kerana sijil-sijil kemahiran lebih penting dan banyak digunakan terutamanya berkaitan dalam bidang yang dipelajarinya iaitu teknologi.

Dua beradik itu antara 359 graduan yang menerima ijazah pada sesi pagi majlis konvokesyen itu.