Adik Faizal Tahir Persoal Trend Pelakon Tayang Badan, – “Dulu Abang Aku Digam”

LocalEntertainment
3 Dec 2024 • 2:59 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Anas Tahir, penyampai radio dan adik kepada penyanyi terkenal Faizal Tahir, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap trend pelakon menayang badan secara terbuka dalam filem tempatan.

Menurut Anas, situasi ini berbeza dengan pengalaman abangnya, yang pernah digam hanya kerana membuka baju semasa pertandingan pada 2008.

image is not available

Dulu tak silap sekitar 2008, abang aku pernah buat konsert dan dia buka baju. Dia dikecam, digam, serta dikenakan tindakan tatatertib.- Kata Anas.

Anas turut mempersoalkan bagaimana situasi itu berubah sehingga menayangkan badan kini dianggap biasa, malah dipromosikan secara meluas.

Sekarang ini aku tengok buka baju dalam filem siap ‘promote’ kaw kaw lagi. Bukan sedikit tetapi hampir menampakkan bahagian tidak sepatutnya.- Katanya lagi.

Anas mengakui tindakan abangnya pada waktu itu tetap salah, namun berpendapat budaya menayang badan dalam industri hiburan kini semakin menjadi-jadi.

Walaupun tidak menyebut secara khusus filem yang dimaksudkan, Anas percaya trend ini perlu diperhalusi demi menjaga sensitiviti masyarakat.

#OhmediaNasihat

Budaya hiburan sepatutnya selari dengan nilai dan etika masyarakat. Jangan sampai hiburan yang kita cipta merosakkan norma dan sensitiviti.

Pilihlah untuk berkarya dengan integriti dan hormat terhadap penonton.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok