Adik Kepada Zayn Rayyan Dijaga Nenek Saudara Bermula Hari Ini

LocalFamily & Parenting
9 Aug 2024 • 5:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Adik lelaki kepada Allahyarham Zayn Rayyan Zaim Ikhwan akan diserahkan kepada nenek saudaranya bermula hari ini selepas menerima hak jagaan sementara.

Menerusi satu laporan Kosmo!, Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman membuat keputusan itu selepas proses perundingan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan peguam keluarga, Nurul Ikrimah Mohd. Raya.

image is not available

Foto: Kosmo!

“Perintah jagaan sementara terhadap kanak-kanak lelaki tersebut adalah selama dua bulan sehingga 4 Oktober ini,” tulis laporan tersebut.

Sementara itu, Nurul Ikrimah memberitahu bahawa terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh jagaan sementara itu.

“Hak jagaan sementara diberikan kepada ibu saudara Zaim Ikhwan Zahari sepanjang dua bulan. Zaim dan Ismanira Abdul Manaf hanya dibenarkan berjumpa sekali seminggu namun tidak boleh melebihi lapan jam.

“Sepanjang tempoh perjumpaan, perlu dibawa atau ditemani penjaga sementara kanak-kanak itu ( nenek saudara),” katanya.

image is not available

Foto: Kosmo!

Nurul Ikrimah menjelaskan, mereka boleh membuat panggilan video tanpa had selain perlu membawa kanak-kanak itu bagi mengikuti proses terapi khas autistik sebulan sekali.

Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan perintah tersebut mengikut Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, JKM memperoleh perintah jagaan sementara terhadap adik kepada Zayn Rayyan selama dua bulan bermula pada 14 Jun lalu.