Adik Kim Jong Un bidas ASEAN ‘bodoh dan bebal’

WorldPolitics
27 Jul 2026 • 9:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Adik Kim Jong Un bidas ASEAN ‘bodoh dan bebal’

PYONGYANG – Adik perempuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menyelar Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara(ASEAN)  hari ini kerana berusaha untuk menjadikan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear, menyifatkan pendirian ASEAN sebagai ‘bodoh dan bebal’. 

Pada forum serantau tahunannya minggu lalu, ASEAN menyuarakan ‘kebimbangan mendalam’ terhadap pembangunan berterusan senjata nuklear oleh Pyongyang  dan menekankan kepentingan dialog ‘untuk merealisasikan keamanan dan kestabilan berkekalan’  di Semenanjung Korea yang bebas nuklear.

Korea Utara sudah lama menegaskan haknya untuk membangunkan program  senjata nuklear dan peluru berpandu balistik, walaupun dilarang di bawah syarat sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.  Korea Utara memeterikan status nuklearnya dalam perlembagaan negara pada 2023.

Adik Jong Un,  Kim Yo Jong  menyuarakan ‘rasa tidak puas hati yang kuat dengan sikap permusuhan tanpa berselindung forum ASEAN kerana bersetuju dengan doktrin  ‘denuklearisasi’ yang dicanang Amerika Syarikat dan mengabaikan perlembagaan Korea Utara.

“Ia satu  kegagalan dalam pemikiran strategik serta logik dan manifestasi impian liar lagi bodoh dan bebal untuk masih berpegang pada prinsip ‘penyingkiran nuklear Semenanjung  Korea’  yang telah kehilangan maknanya secara konseptual serta praktikal,” katanya.

ASEAN harus berwaspada terhadap disalahgunakan sebagai jurucakap upahan untuk Amerika Syarikat,” tambah Yo Jong. – AFP 

The post Adik Kim Jong Un bidas ASEAN ‘bodoh dan bebal’ appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved