Adik Najib Razak, Nazir Razak Selamat Bernikah Kali Kedua

Politics
17 Nov 2023 • 4:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak dilaporkan selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Yati Zainuddin.

Menurut laporan Astro Awani, ia susulan tular sekeping gambar memaparkan bekas Pengerusi CIMB Bhd (CIMB) itu menyarung cincin kepada isterinya di atas pelamin.

Nazir Razak selamat bernikah

image is not available

Difahamkan, gambar tersebut dimuat naik oleh anak bongsu Najib, Norashman menerusi sebuah hantaran di InstaStory pagi tadi.

“Congrats Uncle Jay @nazir.razak,” tulisnya Ashman ringkas.

Sementara itu, majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara itu turut diraikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

Menerusi laman Instagram, Tony berkongsi beberapa hantaran gambar termasuk mengucapkan tahniah atas perkahwinan pasangan berkenaan.

Untuk rekod, Nazir pernah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Azlina Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Bagaimanapun, pasangan tersebut dilaporkan bercerai pada tahun ini.

Sumber: Astro Awani (Umavathi Ramayah), Instagram Ashman Najib & Tony Fernandes