Adik Pak Lah terkejut terima berita, imbau kenangan keakraban adik-beradik

LocalPolitics
14 Apr 2025 • 11:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jenazah Allahyarham bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, dibawa keluar dari Institut Jantung Negara untuk di bawa ke rumah beliau di ibu negara malam ini. Foto Bernama

KEPALA BATAS - Adik kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Mohd Tahir sangat terkejut ketika mendapat berita kematian abang sulungnya itu malam ini.

Menurutnya beliau langsung tidak menyangka Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah berada dalam keadaan kritikal ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

"Saya sangat sedih bila dapat berita ini tadi daripada ahli keluarga saya yang memaklumkan abang kami Pak Lah telah meninggal dunia, sungguh terkejut dan sedih kerana langsung tidak sangka dia kritikal di IJN kerana sebelum ini Allahyarham beberapa kali pernah terima rawatan di situ juga.

"Saya tahu Pak Lah dimasukkan ke IJN tapi memang tak sangka yang beliau serius macam ini dan kritikal sehingga meninggal dunia tadi, kami adik-beradik memang rapat jadi memang sedih sangat kehilangannya," katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau yang tinggal di Permatang Bertam di sini dalam perjalanan ke ibu negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah abangnya.

Mengimbau kenangan, Mohd Tahir berkata adik-beradik dan seluruh keluarga besar mereka akan beraya di rumah keluarganya di Kepala Batas sejak Tun Abdullah menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas.

"Selepas beliau tidak lagi menjadi Ahli Parlimen, adik-beradik dan Pak Lah tetap pulang ke Kepala Batas untuk sambut Hari Raya cuma sejak setahun dua ini keadaan kesihatan Pak Lah tidak mengizinkan namun kami menziarahinya di rumahnya di ibu negara," katanya.

Tun Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 7.10 malam.

Dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah yang merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008, menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved