Adik Pemandu Axia Dedah Cerita Sebenar, Kakak Didakwa Turut Ditendang Di Perut?

LocalCars
30 Mar 2025 • 2:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
axia

Tular di media sosial rakaman video menunjukkan seorang lelaki menumbuk pemandu Perodua Axia sebanyak dua kali kerana melanggar anaknya yang sedang melintas jalan.

Lelaki itu dipercayai berang dan bertindak menyerang pemandu wanita yang masih berada di dalam kereta ketika itu.

Adik pemandu cerita mengenai kejadian

Terbaru, seorang individu yang mendakwa dirinya adik kepada pemandu wanita berkenaan tampil beri penjelasan dari pihak mereka.

image is not available

Menerusi mesej peribadi yang dikongsi semula oleh saksi kejadian @fattyaazi, adik kepada pemandu wanita itu menyatakan kakaknya sedang keluar dari simpang berhadapan Bazar Uptown dalam keadaan perlahan, sekitar 20-30 km/j sahaja.

image is not available

Menurutnya, terdapat sebuah kenderaan jenis Aruz di hadapan yang menghalang penglihatan pemandu. Ketika itu, lelaki berbaju merah bersama anak-anaknya sedang melintas namun dia berada di belakang dan anak isteri di hadapan.

Adik pemandu Axia mendakwa perlanggaran yang berlaku sangat perlahan dan anak lelaki itu hanya luka ringan di kaki.

Namun lain pula dakwaan yang diberikan kepada pihak polis kononnya mereka ‘melambung’ akibat dilanggar.

image is not available

Belum sempat kakaknya memberi penjelasan, lelaki berbaju merah terus menyerang dengan agresif.

Tambahnya lagi, kakaknya terus ditumbuk di kepala dan walaupun sudah memohon maaf, lelaki tersebut tidak berhenti malah menumbuk buat kali kedua.

image is not available

Susulan itu, ahli keluarga memohon orang awam tampil memberi bukti khususnya rakaman dashcam.

image is not available

Dalam satu hantaran lain, individu yang dipercayai abang kepada mangsa menyatakan rasa kecewa kerana adik perempuannya turut ditendang di perut selepas insiden itu.

Dakwanya, pelaku adalah seorang anggota tentera yang dikatakan melintas jalan secara cuai.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok


The post

appeared first on

.