Adik Perempuan Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Ditemukan Selamat

LocalFootball
8 Mar 2025 • 12:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Adik Perempuan Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Ditemukan Selamat

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) — Selepas 12 hari hilang, adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan Hadin Azman akhirnya ditemukan selamat di rumah keluarga angkatnya di Jalan Sikamat Lama, Seremban Putra, Negeri Sembilan hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail dalam kenyataan ringkas mengesahkan penemuan Nur Khalisya, 16, pada 11.14 pagi tadi.

“Maklumat lanjut akan menyusul,” katanya.

Semalam Bernama melaporkan Nur Khalisya dipercayai hilang di sekitar Jalan Peel di sini sejak 25 Feb lepas.

Hadin dalam hantaran menerusi media sosial berkongsi poster memaklumkan kehilangan adik perempuannya dan memohon bantuan orang ramai mengesan remaja itu.

Mohamad Lazim juga mengesahkan menerima laporan daripada ibu remaja itu yang menyatakan menyedari kehilangan anaknya ketika mahu mengambilnya pulang dari sebuah sekolah di Jalan Peel pada 4 petang, 25 Feb lepas.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved