Adik Taubat Tak Nak Main Telefon Lagi!

LocalEntertainment
6 Sep 2024 • 7:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang warden menunjukkan demonstrasi hukuman sebat di Muzium Penjara Malaysia di Banda Hilir, Melaka. – Gambar TikTok

Bagi ibu bapa yang sudah letih dan buntu bagaimana mahu menghentikan ketagihan anak-anak terhadap telefon pintar atau gajet, anda mungkin boleh temui penyelesaiannya dengan membawa mereka melawat Muzium Penjara Malaysia di Banda Hilir, Melaka.

Kanak-kanak yang dirakam dalam video tular kali ini pasti tidak menyangka ibu bapa mereka sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi apabila membawa mereka ke sana.

Semua kanak-kanak yang sedang melihat demonstrasi hukuman sebat meraung apabila warden menakut-nakutkan mereka dengan berkata hukuman tersebut adalah bagi kanak-kanak yang ketagih telefon pintar dan mereka tidak mahu mendengar arahan ibu bapa. 

Ketika anak-anak berjuraian air mata, ibu bapa tersenyum riang dengan harapan si kecil insaf dengan serta-merta. – Getaran, 6 September, 2024

@getaranmy Macam ni punya garang, acik pun takut dik! Tak nak main handphone lagi dah #GetaranMY #GayaHidup #TERKINI #Semasa #Hiburan ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved