Adira buka mulut isu tinggalkan bekas suami tepi ‘highway’ -“Cukup saya & dia yang tahu”

LocalFamily & Parenting
15 Nov 2025 • 1:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isu melibatkan penyanyi, Adira Suhaimi kembali menjadi bualan hangat apabila tular dakwaan kononnya dia meninggalkan bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu, di tepi lebuh raya selepas berlaku perselisihan faham.

Bekas suami diturunkan di tempat yang selamat

Memetik laporan daripada mStar, Adira mengakui perkara itu berlaku namun menegaskan bekas suaminya diturunkan di lokasi yang selamat.

Saya memang mengaku ada tinggalkan tapi bukan tengah malam dan saya tinggalkan dia berhampiran dengan stesen minyak di mana senang untuk dia pergi ke tandas dan lain-lain.” jelasnya.

image is not available

Biarlah dirinya dan bekas suami saja yang tahu punca

Mengulas lanjut, Adira menyatakan punca sebenar tindakan itu biarlah hanya dia dan bekas suami yang mengetahui.

“Adalah sebab-sebab tertentu yang saya tak boleh nak kongsi… cukup saya dan dia saja yang tahu. Dia pun tak cerita punca kan,” katanya.

Enggan keruhkan keadaan

Penyanyi itu juga memilih untuk tidak membalas kenyataan bekas suaminya kerana enggan keadaan menjadi keruh.

“Saya pun tak nak keruhkan keadaan… Saya bimbang apa yang terkeluar itu akan mengeruhkan keadaan,” ujarnya, sambil menegaskan dia menjaga hati banyak pihak termasuk anak-anak serta anak-anak tiri.

image is not available

Walaupun sudah membawa haluan masing-masing, hubungan mereka tetap perlu dijaga kerana masih berurusan mengenai anak-anak. Buat masa ini, Adira menyerahkan urusan komunikasi kepada kakaknya, Emma Suhaimi.

“Besok dia akan datang rumah tengok anak… saya tak nak jadi kekok. Bila WhatsApp saya akan suruh kakak saya urus,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Tiada jodoh? Datuk Red tak kisah andai Adira jumpa lelaki kaya, sedar diri tiada apa-apa

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin pada 3 Disember 2015 dan bercerai pada 24 April tahun lalu. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayob.

Sumber: mStar (Maszuhaira Sarimin)
View Original Article