Adira Salahudi Pakai ‘Make Up’ Sebelum Bersalin Undang Perhatian Ramai

LocalEntertainment
14 Nov 2024 • 11:05 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Adira Salahudi

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Adira Salahudi kembali mencuri perhatian apabila dilihat mengenakan alat solek sebelum bersalin. 

Menerusi video yang dikongsikan oleh suaminya Ammar Azizan, Adira sedang duduk di atas katil di wad bersalin sambil bersolek untuk menanti waktu melahirkan cahaya mata ketiga mereka.

Penampilan cantik Adira sebelum bersalin ini mengundang pelbagai reaksi dari netizen. 

Ada yang mempersoalkan keperluan memakai solekan sebelum melahirkan dan ada yang berpendapat ini adalah sebahagian daripada trend masa kini.

Netizen persoal perlu ke makeup masa bersalin?

@ammarazizann

Doakan isteri saya selamat bersalin dan dipermudahkan urusan @Adira Salahudi

♬ Tuhan Tak Pernah Janji – Jangan Pernah Menyerah – Debbie Great

Ada segelintir netizen menyuarakan pandangan mereka bahawa sesetengah hospital sebenarnya tidak membenarkan wanita memakai alat solek ketika bersalin. 

Ini kerana petugas kesihatan perlu melihat tahap kepucatan dan keadaan fizikal pesakit secara jelas, terutamanya jika melibatkan prosedur pembedahan caesar.

Kalau kerajaan tak boleh tau. Aku hari tu pakai sunscreen dengan liptint pun kena tegur suruh padam tapi ada sebab tau. Nak tengok kepucatan kita masa bersalin lagi-lagi caesar, kalau ada masalah ke apa masa proses bersalin nanti.

Kenapa kena makeup masa nak bersalin tu?

Aku nak beranak tak fikir dah nak cait bedak ke apa.

Adira Salahudi selamat melahirkan cahaya mata

Untuk info, Adira telah selamat melahirkan anak ketiganya pada Selasa lepas yang diberi nama Alora.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok Ammar