Adira Suhaimi minta netizen jangan terpedaya akaun TikTok palsu!

29 Mar 2024 • 11:43 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Akaun TikTok palsu

Penyanyi Adira Suhaimi seru kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan akuan TikTok palsu yang menggunakan namanya untuk meraih pengikut yang ramai.

Difahamkan, individu tidak bertanggungjawab itu mengambil kesempatan memandangkan akaun TikTok sebenar penyanyi tersebut yang memiliki lebih 879,000 pengikut telah disekat, baru-baru ini.

Akaun TikTok palsu

image is not available

Cubaan fake acc raih simpati

Susulan itu, dia meminta kepada orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan pemilik akuan @adirasuhaimi._ yang menggunakan namanya untuk membuat akaun palsu.

“Adoi fake acc ni, macam-macam eh1 Kita tak ada pun tulis macam ini, pandai-pandai je.

“Jangan terpedaya dengan fake acc ni, yang kena banned tu memang Ami (panggilan Adira) punya. Yang minta simpati tu bukan Ami punya!” Tegas Adira

Sehingga kini, akaun palsu tersebut telah diikuti lebih 45,000 pengikut selepas sehari dicipta.

Akaun TikTok palsu

image is not available

Ini baru betul TikTok Adira!

Sehubungan dengan itu, penyanyi yang berusia 33 tahun itu berharap individu terbabit memadam akaun palsu tersebut dan tidak terus menipu netizen.

Bukan itu sahaja, Adira menegaskan akaun sebenarnya adalah @adirasuhaimi.real.

image is not available

Terdahulu, Datuk Red mengakui dia telah ditanggung Adira sejak 2019 gara-gara muflis dan tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk mencari pendapatan.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Sumber: TikTok @adirasuhaimi._