Adira Suhaimi naik angin! Individu tak dikenali tawar diri jadi skandal

30 Jun 2023 • 10:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi, Adira Suhaimi yang aktif di media sosial terutamanya di TikTok akui tidak terlepas daripada gangguan-gangguan individu tidak bertanggungjawab walaupun tahu yang dia sudah mempunyai suami.

Ajak jadi skandal

Menerusi perkongsian penyanyi asal Sabah itu, dia telah menerima mesej daripada individu tidak dikenali meminta untuk dijadikan skandal.

@adira.suhaimi

penting sangat adab tu sebenarnya . jangan dibawa bergurau benda benda begini … AWAS ! sekali lagi kau ah .. #fyp

♬ original sound – adira.suhaimi – adira.suhaimi

Langsung tak ada adab!

Dalam tangkapan layar mesej yang dikirim kepada Adira, pengguna media sosial itu bertanya sama ada dia mencari skandal ataupun tidak dan bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan selebriti terbabit.

image is not available

Benda macam ni tak boleh buat gurau

Menerusi kapsyen yang ditinggalkan Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, dia mengatakan tindakan individu tersebut sangat keterlaluan dan langsung tidak menghormatinya.

Dia juga tidak teragak-agak mengambil tindakan jika perkara sama terulang semula kerana ia bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan gurauan.

“Penting sangat adab tu sebenarnya. Jangan dibawa bergurau benda benda begini … AWAS ! sekali lagi kau ah,” tulisnya.

Adira kena tegas macam ni jangan bagi muka

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan tindakan Adira kerana ia boleh dikira gangguan seksual kerana sesuka hati menghantar mesej sebegitu kepada wanita.

Ada juga di antara mereka yang pernah mengalami nasib sama dan akui berasa takut selepas menerima mesej lucah daripada indidivu tidak bertanggungjawab di media sosial.

image is not available

Memang melampau sangat!

image is not available

Kan tak pasal2 dapat malu kena viral

image is not available

Ada yang pernah kena ganggu dengan lelaki tak dikenali

image is not available

Sumber: TikTok Adira Suhaimi