Adira Suhaimi sudah move on, mustahil rujuk kembali dengan Datuk Red

7 Jun 2024 • 5:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Diminta peminat untuk kembali ke pangkuan bekas suami, penyanyi Adira Suhaimi sudah move on dan mahu meneruskan kehidupan tanpa menoleh semula kepada masa silam.

Ujar Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, dia lebih selesa untuk mengekalkan hubungan persahabatan dengan Datuk Red demi anak-anak mereka.

Adira Suhaimi sudah move on

“Kalau kami tidak ‘move on’ lagi, tidak adalah kami boleh berborak dan bergurau macam sekarang ini.

“Saya ini kalau tidak lupakan semua kepahitan, saya takkan berjumpa dengan orang itu. Sekarang ini komunikasi kami bagus dan dua-dua sudah jalan ke depan.

“Jangan cerita mengenai 10 tahun akan datang atau apa tapi buat masa sekarang ini kalau orang tanya rujuk atau apa, memang tidak ada sinar,” katanya menerusi siaran langsung dalam TikTok.

image is not available

Tambah penyanyi yang berusia 33 tahun itu lagi, tidak menjadi satu kesalahan apabila bekas suaminya itu datang ke rumah memandangkan Adira masih dalam tempoh idah.

“Datuk nak fokus menyelesaikan masalah dia, saya pula mahu besarkan anak-anak.

“Dalam tempoh idah memang dia boleh datang rumah tapi kalau sudah tidak dalam tempoh itu dan dia masih datang rumah itu baru pelik.

“Jadi memang tiada isu apa-apa, memang waktu idah tak ada yang pelik dia datang rumah ke apa, dia pun nak tengok anak dia,” ujarnya lagi.

image is not available

Sekadar info, Adira dan Datuk Red berkahwin pada 3 Disember 2015 namun, memilih jalan untuk berpisah pada 24 Mei lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sumber: TikTok @putehhhx