Adly Zahari tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Katil

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 9:18 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Adly Zahari tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Katil

MELAKA: Calon Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari tiba di pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil di Dewan Tun Ali, 8.50 pagi ini.

Ketibaan Adly yang juga penyandang kerusi berkenaan diiringi Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu serta penyokong parti itu.

Beliau bakal berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Ridzuan Mohd. Shariff daripada Pas yang turut tiba di pusat penamaan calon sama dengan diiringi puluhan penyokong.

Pertembungan kedua-dua calon itu dijangka menyaksikan persaingan sengit susulan perkembangan politik semasa, terutama kerjasama antara PN dan Barisan Nasional (BN) pada  PRN Melaka kali ini.

Kerusi Bukit Katil antara yang menjadi tumpuan apabila Adly perlu mempertahankan kedudukannya, manakala PN dilihat berpeluang mencabar penguasaan PH menerusi calon yang diketengahkan. -UTUSAN

The post Adly Zahari tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Katil appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved