ADN Batu Tiga salur RM10,000 tampung kos pasang lif Masjid Ubudiyah

6 Sep 2024 • 10:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 6 SEPT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga menyumbangkan RM10,000 bagi menampung kos pemasangan lif di Masjid Ubudiyah, Seksyen 19, di sini.

Wakil rakyatnya berkata kemudahan itu disediakan bagi memudahkan jemaah terutama golongan warga emas atau orang kelainan upaya (OKU) untuk beribadah di tingkat atas masjid berkenaan.

“Lif dipasang bagi kemudahan warga emas dan OKU naik ke tingkat atas memandangkan masjid ini dua tingkat.

“Tahniah kepada pengurusan masjid yang berusaha pasang lif bagi kemudahan jemaah, diharap dengan sumbangan pihak DUN dapat menampung perbelanjaan serba sedikit,” kata Danial Al-Rashid Haron.

Kelmarin, Danial berkunjung ke masjid berkenaan bagi merasmikan lif yang sudah siap dipasang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved