ADN cadang gabung sukarelawan belia negeri, perkasa pembangunan akar umbi

23 Nov 2023 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 23 NOV: Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga mencadangkan pertubuhan atau sukarelawan belia di negeri ini digabung untuk menyelaras serta memperkasakan aktiviti yang dijalankan.

Danial Al-Rashid Haron berkata ini kerana negeri ini mempunyai pelbagai platform belia seperti Team Selangor, Penggerak Belia Selangor (PeBS) dan Sukarelawan Selangor (SERVE).

“Apakah boleh gabung dan perkasakan platform pemuda seperti Team Selangor, PeBS dan SERVE. Ini kerana setiapnya ada peruntukan dan apa makna untuk bangunkan belia tetapi dalam keadaan bergerak secara silo.

“Saya berpandangan gabungan semua inisiatif ini dan melaksanakan satu program tuntas untuk bangunkan belia,” katanya ketika membahas usul peruntukan pembangunan 2024 di sidang Dewan Negeri Selangor, semalam.

image is not available
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei membahas usul peruntukan pembangunan 2024 ketika sidang Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada 22 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sementara itu, wakil rakyat Kampung Tunku Lim Yi Wei memohon Kerajaan Negeri mempertimbang kaedah meningkatkan peruntukan bagi pembangunan sukan.

“Peruntukan RM8 juta tidak cukup sekiranya kita ingin mencapai sasaran untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan memperkasakan pembangunan sukan akar umbi.

“Saya ingin cadangkan agar pihak berkuasa dan anak syarikat negeri diwajibkan untuk menjadikan sukan yang ditetapkan sebagai sukan angkat kerana kerjasama kedua-dua mampu menaikkan pasukan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved