ADN Kota Kemuning jumpa penduduk, dengar aduan isu setempat

24 Feb 2025 • 10:29 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Oleh RAJA RAMAYA

SHAH ALAM, 24 FEB: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Kota Kemuning menganjurkan sesi townhall bersama lebih 100 penduduk di Dewan Azalea, Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini, semalam.

Wakil rakyatnya berkata program itu bertujuan untuk berinteraksi secara langsung dengan penduduk dalam mencari penyelesaian isu serta cabaran dihadapi mereka.

Menurut S Preakas, antara isu dibangkit termasuk projek tebatan banjir, kerosakan jalan bawah seliaan Jabatan Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan, lampu jalan, premis perniagaan warga asing serta kewujudan kilang.

“Sesi Townhall ini turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Tenaga Nasional Berhad bagi membolehkan penduduk mengutarakan pandangan serta kemusykilan masing-masing,” katanya.

image is not available
Wakil Rakyat Kota Kemuning S Preakas (lapan dari kanan) bergambar bersama penduduk yang menghadiri sesi townhall di Dewan Azalea, Seksyen 25, Taman Sri Muda pada 23 Februari 2025. Foto ADN Kota Kemuning

Beliau menjelaskan agensi terlibat mengambil maklum terhadap isu yang dibangkitkan dan berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Sokongan orang ramai terhadap sesi townhall ini amat menggalakkan. Acara seperti ini membuka ruang untuk kerjasama erat antara pihak berkuasa dan penduduk dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan setempat,” katanya.

Preakas memaklumkan sesi townhall seterusnya akan diadakan di Kota Kemuning dan Seksyen 28, Alam Mega, pada 1 Mac ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved