ADN, MPS selesai isu parkir Klinik Kesihatan Rawang

25 Oct 2022 • 4:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 25 OKT: Sebanyak RM556,000 dibelanja Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk menaik taraf jalan dan longkang sekitar Klinik Kesihatan Rawang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat berkata kerja tersebut bagi menyediakan lebih banyak parkir di situ selain membina laluan pejalan kaki.

“Pegawai klinik memberitahu isu paling kritikal ialah parkir yang tidak mencukupi bagi staf dan pesakit hingga terpaksa letak kenderaan di kawasan yang jauh.

“Kami mencadang MPS menaik taraf longkang sebagai pejalan kaki dan ada ruang lebih luas untuk membina parkir di depan klinik,” katanya ketika dihubungi.

Berikutan penambahbaikan itu, beliau berkata kawasan berkenaan kini memiliki 50 tempat letak kenderaan tambahan bagi kemudahan orang awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved