ADN Subang Jaya: Atasi banjir, dana RM400,000 bina kolam tadahan di Jalan USJ 1/2

7 Jun 2023 • 4:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Azian Aziz

SUBANG JAYA, 7 JUN: Sebuah kolam tadahan banjir dibina dengan kos RM400,000 di kawasan perindustrian USJ 1/2 di sini bulan depan, bagi mengatasi isu banjir di kawasan tersebut.

Wakil rakyat Subang Jaya berkata pembinaan kolam tadahan yang dikendalikan Jabatan Pengairan dan Saliran itu dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

“Pembinaan kolam tadahan tersebut diharapkan dapat mengatasi masalah banjir dan melegakan pemilik industri dan penduduk di sekitarnya.

“Pada Disember 2021 dan Mac 2022 kawasan tersebut pernah dilanda banjir besar yang menyebabkan kerugian kepada pemilik industri serta 10,000 penduduk di dua pangsapuri.

“Pembinaan kolam tadahan di bawah peruntukan projek Selangor Penyayang diharap melegakan penduduk sekitar,” katanya ditemui dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Flat Court 6 Good Year Subang Perdana, USJ 8 di sini hari ini.

Beliau berkata pentadbiran Kerajaan Negeri sentiasa berusaha menyelesaikan pelbagai isu demi kesejahteraan rakyat.

“Kita bukan sahaja membina kolam tadahan banjir tetapi juga penyelenggaraan dan naik taraf kemudahan awam,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved