ADN tekad selesai isu pencahayaan, tambah baik infrastruktur

20 Aug 2023 • 8:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 20 OGOS: Wakil rakyat Banting tekad mahu menyelesaikan isu pencahayaan di laluan Banting-Kuala Langat bagi menjamin keselamatan pengguna.

V Papparaidu berkata pemerhatian beliau mendapati ada laluan yang gelap sehingga menyebabkan berlaku banyak kemalangan terutama membabitkan penunggang motosikal.

“Jadi kita akan bawa perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan untuk dibincang dan diselesaikan secara bersama,” katanya lagi.

Pada PRN15 12 Ogos lalu, Papparaidu (HARAPAN-DAP) menang dengan 27,223 undi menewaskan Saravanan Mutto Krishnan (Perikatan Nasional-Gerakan) dan Ang Wei Yang (Bebas).

Sementara itu, wakil rakyat Balakong Ong Chun Wei berazam menambah baik infrastruktur di kawasan terbabit termasuk menitikberat aspek kebersihan demi keselesaan penduduk.

“Balakong kawasan ‘berusia’, jadi banyak infrastruktur rosak dan perlu diberi fokus, begitu juga soal kebersihan. Sebab itu saya buat lawatan ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan KDEB Waste Management (KDEBWM) untuk bincang hal ini.

“Isu-isu ini sebenarnya banyak dibangkitkan penduduk sepanjang saya berkempen pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini. Saya dengar pandangan mereka dan mahu selesaikan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved