Adobe Acrobat Kini Mempunyai Pembantu AI Yang Boleh Merumuskan Dokumen

TechnologyDigital
21 Feb 2024 • 6:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adobe Acrobat turut tidak boleh melarikan diri daripada mempunyai integrasi kecerdasan buatan (AI). Dalam versi Beta, Acrobat diberikan ciri AI Assistant yang boleh membantu merumuskan dokumen, menjawab soalan mengenai kandungan dokumen dan memberikan saranan berdasarkan kandungan dokumen. Ini adalah ciri Note Assist pada Galaxy S24 apabila membuka dokumen di dalam Samsung Notes.

image is not available

Menerusi AI Assist ia akan mengurangkan masa yang perlu dihabiskan bagi membaca dokumen-dokumen yang panjang. Maklumat-maklumat penting dalam dokumen akan diketengahkan serta senarai emel atau nombor telefon yang terkandung dalamnya. Acrobat bukan sahaja menyokong ciri ini untuk fail PDF tetapi juga fail Microsoft Word dan PowerPoint.

Adobe berkata data peribadi pengguna Acrobat tidak akan digunakan untuk melatih AI tanpa kebenaran mereka. Adobe Acrobat dan Acrobat Reader dengan AI Assist kini boleh digunakan dalam versi Beta. Apabila dilancarkan kelak, pelan langganan baharu dengan AI Assist akan diperkenalkan tetapi harga belum diumumkan lagi.