Adobe Animate Ditamatkan Pada 1 Mac 2026

Technology
3 Feb 2026 • 8:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sebuah lagi perisian telah dikuburkan oleh Adobe selepas mereka mengumumkan akan menamatkan sokongan untuk Adobe Animate bermula 1 Mac 2026. Perisian animasi berasaskan vektor yang suda wujud lebih 25 tahun ini ditamatkan kerana menurut Adobe bagi mengikut perkembangan teknologi, platform dan paradigma baharu muncul yang dapat memenuhi keperluan pengguna dengan lebih baik.

image is not available

Pengumuman secara mengejut ini menerima reaksi negatif daripada pengguna Animate kerana ia tidak mempunyai alternatif lain di pasaran. Sistem animasi keyframe mirip Flash (yang juga sudah dikuburkan oleh Adobe) membuatkan proses menghasilkan video animasi pendek mudah dan pantas. Walaupun Adobe mengatakan pengguna Animate boleh berpindah ke After Effects dan Adobe Express, ia masih tidak semudah sistem yang digunakan oleh Animate.

Buat masa ini sokongan untuk pengguna persendirian akan dihentikan pada 1 Mac 2027 sementara pengguna perusahaan akan disokong sehingga 1 March 2029 bagi memudahkan mereka melakukan peralihan kepada perisian lain.

View Original Article