Adobe Disaman DOJ Kerana Pelan Langganan Yang Tidak Telus Kepada Pengguna

TechnologyDigital
18 Jun 2024 • 7:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) menyaman Adobe kerana penawaran pelan langganan yang dikatakan tidak telus kepada pengguna. Yang menjadi tumpuan DOJ ialah pelan bayaran bulanan untuk langganan perisian Adobe selama setahun. Sekiranya pelanggan ingin menamatkan lebih awal daripada tempoh tamat, mereka akan dikenakan caj penalti yang mahal.

image is not available

Adobe dikatakan tidak memaparkan terma dan syarat yang menyatakan bayaran penalti sehingga 50% baki langganan setahun akan dikenakan kepada pelanggan. Bayaran penalti yang tinggi ini kerap tular di media sosial kerana ramai pelanggan tidak menyedari terma dan syarat yang tidak dipaparkan jelas ketika memulakan langganan.

Selepas disaman Adobe mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan DOJ dan akan melawannya di dalam perbicaraan di mahkamah kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved