Adobe Firefly Mengumumkan Pendaftaran Minat Untuk Mencuba Ciri Janaan Video Melalui Input Teks

TechnologyDigital
14 Oct 2024 • 10:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adobe hari ini melalui Adobe Firefly memperkenalkan sokongan janaan video berasaskan kecerdasan buatan, melalui hanya input teks sahaja. Ciri ini masih terhad, dan diperkenalkan kepada sejumlah kecil pengguna sahaja. Pendaftaran masih belum dibuka untuk pengguna Malaysia buat masa ini.

Melalui ciri ini, pengguna boleh memasukkan input berasaskan teks untuk pelbagai perkara, termasuk memasukkan arahan kawalan kamera, selain menyertakan imej rujukan untuk janaan video berkenaan.

Adobe mengatakan dengan arahan teks ke video yang baik, ia boleh menjana video yang sesuai digunakan dalam projek seseorang, sekaligus mengisi ruangan bingkai yang kosong pada sesuatu projek.

Adobe mengatakan model Adobe Firefly ini dilatih menggunakan kandungan yang dilesenkan, termasuk Adobe Stock. Bagi anda yang berminat, boleh rujuk laman rasmi Adobe Firefly Video Model, sementara menantikan penawaran ciri sama untuk pengguna tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved