Adobe Lancarkan Langganan AI Generatif Firefly Yang Menjana Video dan Gambar

TechnologyDigital
13 Feb 2025 • 11:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adobe hari ini melancarkan dua pelan Adobe Firefly yang membolehkan pelanggan menjana video pendek dan gambar menggunakan kecerdasan buatan (AI) generatif. Dengan dua perkhidmatan ini, pengkarya boleh menghasilkan video yang kemudiannya digunakan untuk kerja profesional.

Ciri pertama ialah Generate Video Beta yang menjana video 1080P sepanjang lima saat berdasarkan prom atau gambar statik yang diberikan oleh pengguna. Video boleh digunakan sebagai klip b-roll, mengisi kekosongan antara babak dan juga elemen yang diperlukan untuk produksi video. Di peringkat Beta video hanya pada resolusi 1080P dengan sokongan menjana video 4K akan diberikan di masa hadapan.

image is not available

Seterusnya ialah Scene to Image Beta yang boleh menjana gambar berdasarkan lakaran ataupun objek pra-visualisasi 3D yang diberikan oleh pengguna. Dengan ini gambar yang dijana oleh AI lebih terkawal bagi memenuhi visi asal pengkarya.

Dua pelan yang ditawarkan ialah Firefly Standard dan Firefly Pro. Firefly Standard berharga $9.99 (~RM 45) sebulan membolehkan pelanggan menjana 2000 video atau imej sebulan atau sehingga 20 video 1080P sepanjang lima saat. Firefly Pro pula berharga $29.99 (~RM 134) sebulan membolehkan pelanggan menjana 7000 video atau imej sebulan atau sehingga 70 video 1080P sepanjang lima saat.