Adobe Project Primrose Mengubah Corak Pada Pakaian Dengan Sekelip Mata

TechnologyDigital
12 Oct 2023 • 10:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Acara Adobe Max sedang berlangsung pada waktu ini dengan pelbagai inovasi dalam dunia kreatif telah dikongsi. Antara yang mendapat perhatian kami ialah Project Primrose yang merupakan pakaian yang boleh diubah coraknya dengan sekelip mata.

image is not available

Primrose adalah baju tang dihasilkan menggunakan kepingan skrin e-ink. Pemakai boleh memprogramkan corak berbeza yang boleh berubah sekelip mata mengikut kehendak mereka. Dalam demo yang diperlihatkan sebentar tadi, perubahan hanyalah dalam warna hitam dan putih sahaja. Terdapat suis kawalan untuk melakukan pertukaran corak.

Ia juga boleh berubah mengikut pergerakan tubuh dengan corak bergerak dalam bentuk animasi pendek. Project Primrose masih sekadar demo pada waktu ini. Dari segi konsep ia sama seperti rekaan kereta BWM yang juga boleh berubah warna yang diperlihatkan di CES tahun lalu juga dengan panel e-ink terbina.