ILP, ADTEC, dan JMTI merupakan institusi latihan di bawah Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM), dahulunya dikenali sebagai Institusi Latihan Tenaga Manusia (ILJTM) yang dikawal selia oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Institusi ini ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempelawa kepada semua pelajar lepasan SPM & SKM/ST yang ingin melanjutkan pengajian ke Program TVET peringkat Sijil & Diploma di institusi ILJTM berikut:
- Institut Latihan Perindustrian (ILP)
- Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
- Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
Permohonan ADTEC JTM (ILP, ADTEC, dan JMTI) untuk SESI 2/2026 boleh dilakukan melalui UP_TVET Perdana di https://mohon.tvet.gov.my/ ATAU https://application.jims.jtm.gov.my bermula 1 APRIL 2026 SEHINGGA 8 MEI 2026.
Anda juga boleh layari portal rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM) untuk mengetahui info terkini mengenai ILP, ADTEC, dan JMTI.
Rujuk cara permohonan, syarat kelayakan, senarai kursus, kelebihan setiap program dan tarikh pengambilan ILP, ADTEC, dan JMTI 2026 di bawah.
RINGKASAN ILP, ADTEC, JMTI 2026
Institusi Penerangan Ringkas ILP (Institut Latihan Perindustrian) Menawarkan sijil, sijil lanjutan, dan diploma kemahiran perindustrian asas di 23-24 kampus seluruh negara ADTEC (Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Advanced Technology Training Center)) Fokus diploma dan diploma lanjutan dalam teknologi tinggi di 8 kampus JMTI (Institut Teknikal Jepun-Malaysia (Japan-Malaysia Technical Institute)) Institusi teknikal berstandard Jepun di Pulau Pinang, menawarkan diploma lanjutan
Apa Itu ILP, ADTEC, dan JMTI?
ILP, ADTEC, dan JMTI merupakan rangkaian institusi latihan di bawah Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM), yang dahulunya dikenali sebagai ILJTM.
Ketiga-tiga institusi ini ditubuhkan untuk melatih tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara melalui program pra-pekerjaan.
- ADTEC JTM terdiri daripada dua puluh dua (24) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), empat (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
- Objektif utama adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
- ILP menawarkan program peringkat Sijil & Sijil Lanjutan serta Diploma, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.
KOMPOSISI LATIHAN
| SIJIL | DIPLOMA | DIPLOMA LANJUTAN |
| Teori: 30% Amali: 70% | Teori: 40% Amali: 60% | Teori: 50% Amali: 50% |

Syarat Am Kemasukan
Berikut ialah syarat am kemasukan ke ADTEC JTM:
| LEPASAN SPM | LEPASAN SKM /ST |
| Warganegara Malaysia; Berumur 17 hingga 35 tahun; Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM); Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja); dan Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. | Warganegara Malaysia; Berumur 17 hingga 35 tahun; Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM/ST); Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan ; dan Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. |
Cara Permohonan ADTEC JTM 2026
Permohonan ADTEC JTM (ILP, ADTEC, dan JMTI) boleh dilakukan melalui:
- Portal UP_TVET Perdana: https://mohon.tvet.gov.my/
- Portal JiMS: https://application.jims.jtm.gov.my/
Pautan akan dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan/ apabila permohonan dibuka kelak.
Tarikh Pengambilan Pelajar
Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu:
- Sesi 1: Kemasukan Januari
- Sesi 2: Kemasukan Julai
Pengambilan Sesi Kedua untuk kemasukan Julai akan dibuka pada 1 APRIL 2026 sehingga 8 MEI 2026.
Rujuk maklumat ambilan siri perdana TVET (termasuk ILP, ADTEC, JMTI) sesi 2/2026 di bawah:
| Perkara | Tarikh Mula | Tarikh Tamat |
|---|---|---|
| Permohonan | 01/04/2026 | 08/05/2026 |
| Temuduga (Jika ada) | 04/05/2026 | 08/05/2026 |
| Tawaran Institusi Kepada Calon | 11/05/2026 | 22/05/2026 |
| Calon Setuju Terima Tawaran | 25/05/2026 | 07/06/2026 |
| Rayuan | 08/06/2026 | 30/06/2026 |

Pengambilan adalah melalui pautan https://mohon.tvet.gov.my/ ATAU https://application.jims.jtm.gov.my/
- Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan. Sila rujuk carta Alir Permohonan Kemasukan di bawah untuk maklumat lanjut.
- Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM. Tiada surat menyurat manual dikeluarkan.
- Calon perlu merujuk kepada Jadual & Tarikh keputusan permohonan yang dinyatakan dalam sistem untuk maklumat mengenai status permohonan.
Senarai Kursus & Bidang Ditawarkan
Bidang yang ditawarkan merangkumi:
- Kimpalan
- Pengangkutan
- Perkhidmatan Kejuruteraan
- Pembuatan
- Penyenggaraan Elektrik
- Elektronik
- Percetakan
- Sivil
- ICT
- Pengeluaran Produk

Rujuk senarai kursus untuk setiap kategori di bawah:
| Kategori Teknologi | Kod | Nama Kursus | Tahap |
| Teknologi Kimpalan | A08 | Sijil Teknologi Kimpalan | Sijil |
| A09 | Sijil Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas) | Sijil | |
| A10 | Sijil Teknologi Pemasangan Paip dan Gas | Sijil | |
| K01 | Diploma Teknologi Kimpalan | Diploma | |
| K12 | Diploma Teknologi Pemasangan Paip Minyak Dan Gas | Diploma | |
| K14 | Diploma Teknologi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas) | Diploma | |
| Teknologi Pembuatan | A02 | Sijil Teknologi Pembuatan Pemesinan | Sijil |
| A04 | Sijil Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die) | Sijil | |
| A12 | Sijil Teknologi Reka Bentuk Produk Industri | Sijil | |
| A15 | Sijil Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan) | Sijil | |
| A17 | Sijil Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan) | Sijil | |
| A21 | Sijil Teknologi Pembuatan (Perkakasan – Plastic Mould) | Sijil | |
| J15 | Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan Jitu | Diploma | |
| K02 | Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan – Mould) | Diploma | |
| K03 | Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) | Diploma | |
| K09 | Diploma Teknologi Reka Bentuk Produk Industri | Diploma | |
| K15 | Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan – Die) | Diploma | |
| K18 | Diploma Teknologi CADD Mekanikal (Pembuatan) | Diploma | |
| VJ14 | Diploma Teknologi Pembuatan | Diploma | |
| LPFE45 | Diploma Lanjutan Teknologi Pembuatan | Diploma Lanjutan | |
| Teknologi Pengangkutan | STAS02/23/03 | Sijil Teknologi Automotif Servis | Sijil |
| A14 | Sijil Teknologi Kenderaan Perdagangan Berat | Sijil | |
| A22 | Sijil Teknologi Pembaikan Struktur Pesawat – Kepingan Logam | Sijil | |
| DTAS34 | Diploma Teknologi Pengeluaran Automotif | Diploma | |
| VK13 | Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang | Diploma | |
| EK15 | Diploma Teknologi Pengeluaran Automotif | Diploma | |
| Perkhidmatan Kejuruteraan | A01 | Sijil Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal | Sijil |
| A18 | Sijil Teknologi Minyak & Gas (Mechanical Plant Downstream) | Sijil | |
| K11 | Diploma Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal | Diploma | |
| VK04 | Diploma Teknologi Jaminan Kualiti | Diploma | |
| Teknologi Elektronik | B04 | Sijil Teknologi Instrumen Perindustrian | Sijil |
| B05 | Sijil Teknologi Elektronik Industri | Sijil | |
| B06 | Sijil Teknologi Telekomunikasi | Sijil | |
| SEME03 | Sijil Teknologi Mekatronik | Sijil | |
| B13 | Sijil Teknologi Instrumen (Kawalan Proses) | Sijil | |
| L02 / VL02 | Diploma Teknologi Elektronik | Diploma | |
| L03 / VL03 | Diploma Teknologi Telekomunikasi | Diploma | |
| DEME34/04/VL08 | Diploma Teknologi Mekatronik | Diploma | |
| VJ13 | Diploma Teknologi Elektronik | Diploma | |
| LEME45 | Diploma Lanjutan Teknologi Mekatronik | Diploma Lanjutan | |
| LEE145 | Diploma Lanjutan Teknologi Elektronik Industri | Diploma Lanjutan | |
| Penyelenggaraan Elektrik | B01 | Sijil Teknologi Elektrik (Persijilan PW2) | Sijil |
| B19 | Sijil Teknologi Elektrik (Persijilan PW4) | Sijil | |
| B02 | Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara | Sijil | |
| B17 | Sijil Teknologi Minyak & Gas (Instrumentation Plant Downstream) | Sijil | |
| L01 | Diploma Teknologi Elektrik (Kuasa) | Diploma | |
| L05 | Diploma Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara | Diploma | |
| Teknologi Percetakan | D01 | Sijil Teknologi Reka Bentuk Grafik | Sijil |
| D03 | Sijil Teknologi Litografik Ofset | Sijil | |
| D04 | Sijil Teknologi Percetakan Digital | Sijil | |
| P01 | Diploma Teknologi Percetakan | Diploma | |
| Teknologi Sivil | C01 | Sijil Teknologi CADD-Senibina | Sijil |
| C02 | Sijil Teknologi Binaan (Berasaskan Kayu) | Sijil | |
| C03 | Sijil Teknologi Binaan (Bangunan) | Sijil | |
| C04 | Sijil Teknologi Binaan (Paip dan Sanitari) | Sijil | |
| C05 | Sijil Teknologi Reka Bentuk Pengeluaran Perabot | Sijil | |
| C06 | Sijil Teknologi Binaan (Sivil & Struktur) | Sijil | |
| C07 | Sijil Teknologi Penyelenggaraan Bangunan & Fasiliti | Sijil | |
| M01 | Diploma Teknologi Binaan (Sivil & Struktur) | Diploma | |
| M02 / VM02 | Diploma Teknologi Penyelenggaraan Bangunan & Fasiliti | Diploma | |
| M03 | Diploma Teknologi CADD Senibina | Diploma | |
| Teknologi ICT | F01 | Sijil Teknologi Komputer (Sistem) | Sijil |
| F02 | Sijil Teknologi Komputer (Rangkaian) | Sijil | |
| F04 | Sijil Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web) | Sijil | |
| F05 | Sijil Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) | Sijil | |
| G01 / VJ12 | Diploma Teknologi Komputer (Sistem) | Diploma | |
| G02 | Diploma Teknologi Komputer (Rangkaian) | Diploma | |
| G04 | Diploma Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web) | Diploma | |
| G05 | Diploma Teknologi Perisian (Multimedia Interaktif) | Diploma | |
| LIKS45 | Diploma Lanjutan Teknologi Komputer Sistem | Diploma Lanjutan | |
| Pengeluaran Produk | A06 | Sijil Teknologi Foundri | Sijil |
| E01 | Sijil Teknologi Plastik | Sijil | |
| E02 | Sijil Teknologi Seramik | Sijil | |
| K07 | Diploma Teknologi Polimer (Plastik) | Diploma | |
| K19 | Diploma Teknologi Foundri | Diploma | |
| K21 | Diploma Teknologi Seramik Kraf | Diploma | |
| VK06 | Diploma Teknologi Komposit | Diploma | |
| DPMP04 | Diploma Teknologi Mekanikal (Pemprosesan Bahan) | Diploma |



Pemohon boleh menyemak syarat kelayakan mengikut kursus yang ditawarkan di Katalog Kursus TVET (https://mohon.tvet.gov.my/awam-kursus/katalog)
Senarai Kursus Jangka Pendek
Selain daripada menawarkan program-program latihan secara sepenuh masa, ADTEC JTM juga menawarkan pelbagai kursus jangka pendek secara separuh masa.
Rujuk senarai bidang kursus yang ditawarkan di bawah:

Layari: https://www.jtm.gov.my untuk mengetahui senarai penuh, syarat dan permohonan.
Laluan Akademik & Kemahiran
Berikut ialah laluan akademuk dan kemahiran

Yuran
Berikut ialah butiran yuran yang dikenakan untuk pelajar yang memohon ILP, ADTEC, JMTI:
- Sijil: Percuma, kecuali pelajar tajaan.
- Diploma: RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
- Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM700-RM850 tertakluk kepada institut).
Fasiliti
ADTEC JTM menyediakan pelbagai kemudahan seperti:
- Asrama
- Dewan kuliah, makmal komputer & bengkel latihan
- Kemudahan sukan & riadah
- Kantin / Kafeteria
- Perpustakaan
Kelebihan
Antara kelebihan program di ILP, ADTEC dan JMTI adalah:
- PERCUMA Yuran Pengajian (program Sijil)
- PERCUMA Penginapan asrama (program Sijil sahaja)
- PERCUMA Makan 3 kali sehari (program Sijil & Diploma)
- Elaun sara hidup RM100-RM300/bulan (bergantung program & prestasi)
- Elaun praktikal RM200-RM300/bulan (semasa latihan industri sahaja)
- Elaun OKU RM300/bulan (untuk pelajar OKU yang layak)
- Bantuan Yuran Pengajian PTPK disediakan
- Sijil diiktiraf JPK + Sijil Teknologi JTM
- Kadar pekerjaan 85% dalam 6 bulan selepas tamat latihan
Lokasi ILP, ADTEC, JMTI Seluruh Malaysia
| No | Institusi | Lokasi | Negeri | Pautan Laman Web |
|---|---|---|---|---|
| 1 | JMTI | Bukit Minyak | Pulau Pinang | www.jmti.gov.my |
| 2 | ADTEC Melaka | Alor Gajah | Melaka | www.adtecmlk.gov.my |
| 3 | ADTEC Batu Pahat | Batu Pahat | Johor | www.adtecbp.gov.my |
| 4 | ADTEC Kulim | Karangan | Kedah | www.adteckulim.gov.my |
| 5 | ADTEC Shah Alam | Shah Alam | Selangor | www.adtecsa.gov.my |
| 6 | ADTEC Jerantut | Jerantut | Pahang | www.adtecjerantut.gov.my |
| 7 | ADTEC Taiping | Kamunting | Perak | www.adtectaiping.gov.my |
| 8 | ADTEC Kemaman | Kemasik | Terengganu | www.adteckmn.gov.my |
| 9 | ADTEC Bintulu | Bintulu | Sarawak | www.adtecbintulu.my |
| 10 | ADTEC Serian | Serian | Sarawak | www.adtecserian.gov.my |
| 11 | ILP Kuala Lumpur | Kuchai Lama | Kuala Lumpur | www.ilpkl.gov.my |
| 12 | ILP Kuala Langat | Banting | Selangor | www.ilpkls.gov.my |
| 13 | ILP Pedas | Pedas | Negeri Sembilan | www.ilppedas.gov.my |
| 14 | ILP Kangar | Kangar | Perlis | www.ilpkangar.gov.my |
| 15 | ILP Jitra | Jitra | Kedah | www.ilpjitra.gov.my |
| 16 | ILP Kepala Batas | Kepala Batas | Pulau Pinang | www.ilpkbpp.gov.my |
| 17 | ILP Perai | Perai | Pulau Pinang | www.ilpperai.gov.my |
| 18 | ILP Arumugam Pillai | Nibong Tebal | Pulau Pinang | www.ilpapnt.gov.my |
| 19 | ILP Ipoh | Jelapang | Perak | www.ilpipoh.gov.my |
| 20 | ILP Bukit Katil | Bukit Katil | Melaka | www.ilpmelaka.gov.my |
| 21 | ILP Selandar | Selandar | Melaka | www.ilpselandar.gov.my |
| 22 | ILP Tangkak | Sagil | Johor | www.ilptangkak.gov.my |
| 23 | ILP Mersing | Mersing | Johor | www.ilpmsg.gov.my |
| 24 | ILP Pasir Gudang | Pasir Gudang | Johor | www.ilppg.gov.my |
| 25 | ILP Kota Bharu | Pengkalan Chepa | Kelantan | www.ilpkb.gov.my |
| 26 | ILP Kuala Terengganu | Gong Badak | Terengganu | www.ilpkt.gov.my |
| 27 | ILP Marang | Marang | Terengganu | www.ilpmrg.gov.my |
| 28 | ILP Kuantan | Gebeng | Pahang | www.ilpkuantan.gov.my |
| 29 | ILP Miri | Miri | Sarawak | www.ilpmiri.gov.my |
| 30 | ILP Kota Samarahan | Kota Samarahan | Sarawak | www.ilpks.gov.my |
| 31 | ILP Sandakan | Sandakan | Sabah | www.ilpsdk.gov.my |
| 32 | ILP Kota Kinabalu | KKIP Selatan | Sabah | www.ilpkk.gov.my |
| 33 | ILP Labuan | Labuan | W.P. Labuan | www.ilplabuan.gov.my |
Semak lokasi ILP, ADTEC, JMTI seluruh Malaysia di pautan berikut: https://www.jtm.gov.my/2015v3/peta-iljtm
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut, sila layari/hubungi:
- Portal Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
- Portal JiMS
- Portal UP_TVET
- Facebook: Jabatan Tenaga Manusia
- Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482/ 241
Rujuk juga panduan PDF di bawah:
PROSPEKTUS_DIGITAL_2022DownloadSoalan Lazim ILP, ADTEC, JMTI
Apakah perbezaan antara ILP, ADTEC, dan JMTI?– ILP (Institut Latihan Perindustrian): Fokus kepada kursus peringkat Sijil (SKM Tahap 2 & 3) dan beberapa program Diploma. Sesuai untuk lepasan SPM.
– ADTEC (Advanced Technology College): Fokus kepada kursus peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan dalam teknologi termaju. Sesuai untuk lepasan SPM atau pemegang Sijil SKM.
– JMTi (Japan-Malaysia Technical Institute): Menawarkan kursus peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan dengan silibus dan kepakaran teknologi dari Jepun.
LEPASAN SPM
– Warganegara Malaysia;
– Berumur 17 hingga 35 tahun;
– Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM);
– Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja); dan
– Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
LEPASAN SKM/ST
– Warganegara Malaysia;
– Berumur 17 hingga 35 tahun;
– Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM/ST);
– Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan ; dan
– Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
– Sijil: Percuma, kecuali pelajar tajaan.
– Diploma: RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak)
– Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM700-RM850 tertakluk kepada institut).
Ya, disediakan.
Bagaimana dengan kemudahan asrama dan makan?Ya, disediakan.
Bilakah pengambilan pelajarILP, ADTEC, JMTI dijalankan?Terdapat dua (2) pengambilan utama setahun:
– Sesi Januari: Permohonan biasanya dibuka sekitar bulan Ogos – Oktober tahun sebelumnya.
– Sesi Julai: Permohonan dibuka bulan April – Mei (melalui portal UP_TVET).
Ya, di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), KSM.
Apakah kelebihan program di ILP, ADTEC dan JMTI?PERCUMA Yuran Pengajian (program Sijil)
PERCUMA Penginapan asrama (program Sijil sahaja)
PERCUMA Makan 3 kali sehari (program Sijil & Diploma)
Elaun sara hidup RM100-RM300/bulan (bergantung program & prestasi)
Elaun praktikal RM200-RM300/bulan (semasa latihan industri sahaja)
Elaun OKU RM300/bulan (untuk pelajar OKU yang layak)
Bantuan Yuran Pengajian PTPK disediakan
Sijil diiktiraf JPK + Sijil Teknologi JTM
Kadar pekerjaan 85% dalam 6 bulan selepas tamat latihan
