ADUN Batu Lintang, See Chee How mohon sertai SUPP

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 6:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: ADUN Batu Lintang, See Chee How mohon sertai SUPP
See Chee How

KUCHING - Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, See Chee How memutuskan untuk menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dalam kenyataan hari ini, Chee How berkata, di bawah kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kepimpinan politik Sarawak telah mengorak hala tuju politik berteraskan negeri yang tersendiri.

"Yang menarik perhatian saya ialah penekanan GPS terhadap hak perlembagaan, kepentingan dan aspirasi Sarawak, serta keazaman untuk memperjuangkannya melalui institusi politik negeri sendiri.

"Saya percaya dengan menyertai SUPP dan bekerjasama dalam GPS akan memberi saya peluang untuk menyumbang secara langsung dan lebih berkesan terhadap kemajuan matlamat bersama ini," katanya.

Chee How dipilih sebagai ADUN Batu Lintang buat kali pertama pada pilihan raya negeri (PRN) 2011 menerusi tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mempertahankan kerusi itu pada 2016.

Beliau dipecat daripada PKR pada April 2020 sebelum menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Chee How mengekalkan kerusi itu pada PRN 2021 di bawah PSB sebelum meninggalkan parti berkenaan pada 2022 untuk berkhidmat sebagai ADUN Bebas. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved