ADUN Jitra dakwa lebih 32,000 pelajar China ikuti pengajian di universiti awam

LocalPolitics
4 Jul 2026 • 4:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: ADUN Jitra dakwa lebih 32,000 pelajar China ikuti pengajian di universiti awam
Haim Hilman

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah mendakwa terdapat 32,546 pelajar dari China sedang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Beliau mendakwa, angka tersebut mewakili kumpulan pelajar antarabangsa terbesar berbanding jumlah keseluruhan 56,565 orang yang ditempatkan di 20 universiti awam.

"Anak kita yang berada di universiti awam sekitar 634,706 orang dan 56,565 adalah pelajar asing, kalau dibahagikan kepada 20 IPTA, jumlah itu mewakili lebih kurang lapan peratus sahaja.

"Sebahagian besar keseluruhan pelajar asing ini pula daripada China diikuti Indonesia iaitu 4,737 orang," dakwanya. 

Exco Kerajaan Kedah itu berkata, berdasarkan data yang diperoleh, 72 peratus iaitu 41,097 daripada 56,656 pelajar asing berkenaan berada di universiti terbaik negara seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Haim Hilman berkata, perkara yang dibangkitkan itu bukan mempertikaikan kehadiran pelajar antarabangsa, sebaliknya mempersoalkan pengagihan tempat yang sepatutnya memberi keutamaan kepada anak tempatan.

"Bukan kita nak lawan orang China dari tanah besar tetapi mengapa begitu banyak tempat diberikan? Mengapa tidak diberikan kepada anak Pak Man di kampung, anak Ah Chong di Johor Bahru atau anak Muthusamy yang tinggal di Selayang? Contoh," katanya.

Dakwanya lagi, kekangan tempat di universiti awam menyebabkan pelajar tempatan khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan tidak berpeluang mengikuti program pengajian.

"Sampai bila anak-anak miskin ini terus terbiar dan tertinggal?

"Ada 1.65 juta anak Melayu khususnya ada ijazah terpaksa kerja yang tidak setara dengan kelayakannya dan bekerja bekerja dalam ekonomi gig," ujarnya lagi.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved