Adun Johor Saran Pusat Data Tidak Dibina Berdekatan Kawasan Perumahan

LocalTechnology
12 Mar 2026 • 5:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini melihat berlaku demo anti pusat data pertama di Malaysia berlalu di Gelang Patah, Johor. Penduduk kawasan perumahan berhampiran kawasan pembinaan pusat data ZData Technologies merungut debu tapak pembinaan dan bunyi bising mengganggu kehidupan seharian mereka. Isu ni sudah diselesaikan tetapi ADUN Kota Iskandar, Pandak Ahmad kini menyarankan pusat data seharusnya tidak dibina berdekatan kawasan perumahan.

Beliau mengakui demo yang dilakukan penduduk seharusnya dijadikan pengajaran untuk kerajaan negeri di masa hadapan. Pendapat penduduk Taman Nusantara Prima tidak diambil sebelum pembinaan pusat data di Gelang Patah ini dimulakan. Akibatnya pagar parameter pusat data dibina betul-betul di belakang rumah penduduk taman.

image is not available

Selain isu debu, penduduk juga merungut pembinaan menyebabkan banjir kilat, rumah penduduk retak dipercayai disebabkan kerja pemasangan cerucuk dan haiwan liar seperti ular serta khinzir memasuki kawasan rumah.

Selepas mengedar rungutan penduduk, ZData Technologies membelanjakan jutaan ringgit dalam bentuk perkhidmatan cucu kereta penduduk percuma, membersihkan jalan raya, memasang pancuran air mengurangkan debu dan melaburkan puluhan juta lagi untuk sistem penyejukan pusat data yang mengitar semula air.

Johor ingin menjadi Jelapang Pusat Data AI negara dengan lebih 40 pusat data telahpun diluluskan tahun ini. Kerajaan negeri tidak lagi meluluskan projek pusat data yang menggunakan bekalan air yang tinggi kerana ia mendatangkan tekanan ke atas sumber air negeri. Malahan Perdana Menteri juga mengatakan pembinaan pusat data bukan AI tidak lagi akan diluluskan dalam masa dua tahun lagi kerana menggunakan bekalan air serta elektrik yang tinggi.