ADUN Kota Siputeh, Kedah Terlibat Kemalangan Dekat Arau

13 Dec 2023 • 4:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

ADUN Kota Siputeh, Kedah Terlibat Kemalangan Dekat Arau

KANGAR, 13 Dis (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Kedah Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, 37, terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori di Jalan Padang Chempa menghala ke Changlun dekat Arau malam tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Abdul Mohsin Md Rodi berkata Mohd Ashraf Mustaqim bagaimanapun hanya mengalami luka ringan pada bahagian mulut dalam kejadian kira-kira 9.05 malam itu dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

Abdul Mohsin berkata insiden itu dipercayai berlaku apabila kereta Perodua dipandu ADUN itu tidak sempat mengelak lori berkenaan yang diparkir di kaki lima jalan dalam keadaan melintang dan melanggar kenderaan tersebut.

“Akibat daripada kereta ini telah terlanggar bahagian sisi kiri belakang lori tersebut, kereta ini telah terbabas masuk ke dalam longkang denai di kaki lima jalan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu lori berusia 66 tahun tidak mengalami kecederaan.

Sumber: BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved