ADUN Melor dakwa cubaan beri gambar negatif terhadap Kelantan

LocalPolitics
22 Apr 2025 • 8:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wan Rohimi.

KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Rohimi Wan Daud mendakwa beberapa kenyataan yang dikeluarkan polis Kelantan sebagai cubaan memberi gambaran negatif terhadap negeri ini.

Menurut Wan Rohaimi (Pas), kenyataan terbabit dikeluarkan secara berturut-turut dan kelihatan seolah-olah disengajakan bagi menimbulkan persepsi bahawa Kelantan adalah negeri yang tidak selamat untuk didiami.

“22 Mac, pempengaruh usahawan kosmetik jadi ketua sindiket dadah, tak ada data, tak ada fakta.

“9 April pula keluar kenyataan kes budak bawah umur cari lelaki untuk hubungan seks, lepas tu kes budak lelaki hamilkan sepupu dan 16 April keluar pula isu video seks anak pegawai polis,” katanya semasa sesi perbahasan titah diraja di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Selasa.

Wan Rohaimi menyatakan, dalam tempoh sebulan bermula Februari hingga April, kenyataan berkaitan jenayah dan salah laku dikaitkan dengan Kelantan dikeluarkan secara berterusan.

Beliau juga mendakwa pendekatan tersebut mungkin ada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning yang akan berlangsung Sabtu ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved