ADUN Sabah rasuah: Dr Yusof, Andi tiba mahkamah

LocalPolitics
5 Aug 2025 • 9:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dr Yusof dan Andi tiba di Mahkamah Rasuah Khas bagi menghadiri sebutan kes praperbicaraan pada Selasa.

KOTA KINABALU – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang didakwa berkaitan kes rasuah tiba di Mahkamah Rasuah Khas di sini pada Selasa.

ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy tiba di mahkamah sekitar jam 9.15 pagi bagi menghadiri sebutan kes praperbicaraan.

Kedua-dua ADUN tersebut hadir bersama barisan peguam mereka iaitu Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Rizwandean Bukhary M Borhan, Shahlan Jufri, Elhanan James, Datin Jaharah Patinbangi dan Prem Elmer Ganasan.

Pada 30 Jun lalu, Dr Yusof dan Andi Muhammad Suryady bersama seorang ahli perniagaan bergelar Datuk telah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atas mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved